BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

ammar

Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini 2020, kini umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri 2020.

Walaupun tahun 2020 ini sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak disambut seperti tahun-tahun sebelum ini, namun kita sebagai umat Islam seharusnya menyambut ketibaan Syawal ini.

Mungkin ramai yang tidak dapat pulang berhari Raya di kampung halaman kerana Covid-19 masih lagi aktif di Malaysia ini. Anda semua jangan bersedih tetapi haruslah menyambut syawal yang menjelma ini dengan rasa bersyukur dan gembira. Kerana Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam. Setelah sebulan berpuasa, kini Aidilfitri adalah hari kemenangan.

Bersama-samalah kita sambut Hari Raya Aidilfitri 2020 dengan norma baharu. Kerana kesihatan tubuh badan adalah lebih penting dari beraya sakan. Kita mesti bersama-sama untuk memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia sekarang ini.

Disini kami sertakan beberapa ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 untuk anda memberikan ucapan buat insan tersayang dan sahabat handai.

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Bakar lemang sambil berdiri, Untuk juadah Aidilfitri, Nak hantar kad raya posmen dah cuti, SMS saja penggganti diri. Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan bakal beransur pergi,Syawal menjelma di aidilfitri,Seikhlas hati menyusun jari,memohon dimaaf kekhilafan diri,Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.

Seiring salam seharum ganja Kasih sebening heroin, Dengan hati seputih syabu, Walaupun ada dosa sekecil extacy. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin.

Masak lomak cili apiCampo dongan ! daun turiHari rayo kolumpo sopiTinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaMakan sudah bersalam pon sudahDuit raya takkan dah lupa.

Hari ditunggu bakal tibaMakcik dan pakcik bertambah ceriaHatiku sayu dipagi rayaMengenang suamiku jauh dimata Minal Aidil wal faizinSelamat Hari Raya

Kambing tua naik LRT,Katak pisang tercekik tulang,Walau sms saja yang diberi,Itu tandanya ingatan tak hilang.

Sungguh rendang pohon rumbiaTempat persinggahan sianak keraKetupat rendang sudah tersediaJemputlah semua menjamu selera

Itulah sedikit sebanyak ucapan dan pantun sempena Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini. Jika anda mempunyai sebarang pantun atau ucapan hari raya yang lebih menarik bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah ini. Sama-sama kita berkongsi ucapan selamat hari raya.

ARTIKEL LAIN  uFuture UITM: Login Student Portal Dan Tukar Password
Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. NA

    Hehe tak boleh raya rumah orang.
    Tahun ni raya dengan cara berbeza.

    May 23, 2020
  2. ummi nani

    Selamat hari raya.

    May 28, 2020

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gambar-kahwin-budak-8-tahun-dengan-nenek-61-tahun
    Budak Umur 8 Tahun Berkahwin Dengan Nenek …
    July 29, 2015 0
  • maybank2u-tabung-haji.jpg
    Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung …
    May 22, 2016 1
  • upm
    Pergi UPM Naik Helikopter, Sumbang RM1 Juta
    January 23, 2018 1
  • Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
    Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan …
    June 4, 2016 0
  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)