BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Selepas Tiga Hari ‘Pemergian’ Suhaimi, Ibunya Dedah Sesuatu Yang Pelik

ammar

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kemalangan tiga buah lori di Slim River.

Dalam video tular tersebut kelihatan lori yang sedang terbakar. Dan apa yang menyedihkan kemalangan itu menyebabkan ada insan yang terkorban.

Pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 m@ut terbakar dalam kem@langan membabitkan tiga buah lori di Slim River, Sabtu lalu.

“Sudah tiga anak lelaki saya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya,” luah Fatimah Gaumar, 64, ibu kepada Mohamad Suhaimi Khamis.

Luka dihatinya Fatimah kembali berdarah sewaktu menerima perkhabaran menimpa anak kelima daripada lapan beradik itu.

Menurutnya, walaupun redha dengan kejadian tersebut namun rasa sedih itu tidak dapat disembunyikan selepas anak-anak pergi lebih dulu darinya.

” Sebelum Suhaimi, dua anak lelaki saya mening gal dunia pada 1995 dan 2000 disebabkan kema langan motosikal ketika mahu ke tempat kerja. Ketika itu kedua-duanya masih lagi bujang.

” Kini Suhaimi pula pergi dalam keadaan mengejut tanpa meninggalkan sebarang pesanan, itu buat saya sedih,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Kenangan sewaktu menerima kunjungan Exco Kerajaan Negeri, Dr Mariah Mahmud.

Kali Terakhir Jumpa, Muka Pucat…

Tambahnya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu kira-kira empat hari sebelum kejadian.

” Biasanya dia akan singgah rumah saya setiap kali pergi atau pulang kerja tapi tak berbuat demikian sebab sibuk dengan kerja tapi ada berhubung melalui panggilan telefon.

” Kali terakhir jumpa mukanya nampak pucat, bila ditanya katanya letih sebab terlalu banyak kerja, dia tak banyak cakap sebab memang dia seorang yang pendiam” katanya.

Pada hari kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, arwah dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan minyak dari Sungai Buloh, Selangor ke Lumut.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9, dan Nor Afiqah, 8.

Bossku Turut Hadir

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi keluarga pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis, 38 yang maut dalam insiden kemalangan tiga lori, Sabtu lalu.

Najib tiba di rumah ibu saudara, Khatijah Abdul Kasim, 36 (isteri allahyarham) di Kampung Kenangan di sini kira-kira jam 4.30 dan meluangkan masa hampir satu jam.

ARTIKEL LAIN  Pesan kat adik-beradik kita..Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti...

Beliau juga sempat menunaikan solat Asar berjemaah di rumah itu dan menikmati minum petang sebelum berangkat ke Semenyih.

Najib ketika ditemui menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kehilangan insan tersayang yang menjadi ketua keluarga menyara nafkah.

” Saya datang untuk beri sokongan dan harap sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan jiwa kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian berat ini.

” Ada beberapa perkara yang boleh dibantu untuk meringankan beban keluarga terutamanya berkenaan hal tuntutan insurans dan Perkeso yang boleh dipermudahkan urusannya.

” Insya-ALLAH kita juga tengok keperluan dari segi bantuan persekolahan anak-anak,” katanya.

Kami seluruh rakyat Malaysia turut simpati dengan kejadian yang menimpa pemandu lori, Mohamad Suhaimi Khamis. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh yang mendapat ganjaran syurga disisi-Nya.

KP Bomba Sedih, Mangsa Boleh Diselamatkan Jika Orang Ramai Guna ‘Kaedah’ Ini

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohmmad Hamdan Wahid berkata, rakyat negara ini seharusnya memiliki sikap bertangungjawab ke atas orang lain selain diri sendiri.

”Orang ramai sepatutnya berusaha menyelamatkan mangsa dari kebakaran, bukannya merakamkan video mengenai insiden yang menimpa mangsa” kata beliau.

Menurutnya lagi, sekiranya berlaku kejadian kebakaran seperti itu orang ramai boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membantu memadam api pada baju mangsa.

Salah satunya adalah dengan teknik ‘Stop, Drop and Roll’ (berhenti, jatuhkan tubuh dan berguling) terutama berguling atas rumput yang mana perkongsian ilmu itu juga sering disampaikan kepada kanak-kanak tadika.

Katanya, usaha menyelamat mngsa boleh diteruskan dengan menggunakan selimut ataupun kain yang basah untuk diletakkan pada mngsa daripada membiarkan mangsa terus berlari kerana keadaan itu akan menyebabkan api lebih marak.

”Tapi apa yang berlaku video ditularkan dan saya rasa amat sedih, orang sanggup membuat rakaman dan tidak membantu mangsa.

Mohammad Hamdan berkata, seharusnya sebagai rakyat kita sepatutnya menjadi orang yang boleh menyelamatkan orang lain dalam keadaan kecemasan tertentu tetapi dalam insiden ini ia tidak berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohmmad Hamdan Wahid dilihat seakan-akan kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka merakam video dan gambar semasa situasi kecemasa tanpa memberikan bantuan.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Cikgu izzan

    Mohon jabatan bomba malaysia perbanyakkan ceramah/ tutorial pendidikan menyelamat diri kpd masyarakat. Buat siri tontonan di tv.

    March 1, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gadis2520buat2520laporan2520palsu2520terhadap2520bapa2520sendiri
    Remaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu …
    October 19, 2015 0
  • Datuk-Che-Mat-Che-Ali.jpg
    Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ
    November 19, 2015 0
  • Perkahwinan Puteri Sultan Johor
    Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Puteri Sultan Johor …
    August 14, 2017 0
  • iman
    Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu …
    October 14, 2019 0
  • kanser lambung.jpg
    Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini …
    January 13, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)