BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak Keputusan SPM 2020

ammar

Semak keputusan SPM 2020. Saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh pelajar SPM 2020 di Malaysia akhirnya sudah tiba. Walaupun negara kita secara khususnya dan seluruh dunia amnya sedang dilanda wabak c0vid-19, namun itu tidak menghalang untuk pelajar kita menduduki peperiksaan penting ini.

Perkara pertama yang perlu diingat, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah peperiksaan penting bagi negara ini dan ianya merupakan sebagai permulaan bagi pelajar untuk menentukan masa depan mereka apabila dewasa nanti. SPM adalah penentu segala-galanya.

Tidak hairanlah jika ada yang berkata Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah peperiksaan paling penting buat seluruh pelajar di Malaysia.

Berita baik buat adik-adik kita yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk tahun 2020. Bagi calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2020, anda kini boleh menyemak keputusan peperiksaan anda melalui dua cara.

Cara Untuk Semak Keputusan SPM

Sebagai permulaan, cara pertama adalah dengan terus ke laman web rasmi MOE dan cara kedua adalah melalui semakan secara sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service).

Selain itu, agensi yang terlibat iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan dimana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus boleh disemak bermula 10 Jun 2021 (Khamis) bermula pada jam 10 pagi.

Semak Melalui Laman Web

Di samping itu, untuk semakan secara atas-talian, para pelajar boleh melayarI MyResult1 atau MyResult2 bagi mendapatkan keputusan penuh SPM 2020.

semak spm 2020 online

Layari : myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my

Cara Semak Melalui SMS

Secara SMS, para pelajar boleh menghantar mesej dengan menaip SPM<jarak>No KP<jarak>AngkaGiliran dan seterusnya hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan aktif bermula 10 pagi 10 Jun 2021 sehingga 6 petang 17 Jun 2021 sahaja.

ARTIKEL LAIN  Cara Memohon Tanah Di Terengganu Secara Online, Rakyat Terengganu Tiada Tanah Layak Memohon

Rasanya ramai adik-adik kita yang menduduki SPM pada tahun 2020 tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka ini. Diharap dengan artikel ini dapat membantu adik-adik SPM pada tahun 2020 untuk menyemak keputusan masing-masing.

Walau bagaimanapun, dua cara yang mudah dan pantas iaitu melalui laman web rasmi dan secara SMS. Hanya perlu semak sahaja bermula hari ini jam 10 pagi 10 Jun 2021.

Jadi, apa tunggu lagi, Semak Keputusan SPM 2020 SEKARANG! Bermula 10 pagi 10 Jun 2021.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Pingback: Cara Semak Keputusan SPM 2016/2017 Secara SMS dan Online
    June 10, 2021
  2. Bachan bin abd hajan

    Saya tk ada pekarjaan apa2 stkat kja sndri

    July 29, 2021
  3. Pingback: Cara Buat Semakan Keputusan SPM Online 2023
    June 8, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Tuanku Zara Salim Header
    (Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya …
    September 25, 2017 0
  • malaysia kelantan flag 01
    Cuti Umum Kelantan 2023 (Cuti Peristiwa dan …
    December 28, 2022 0
  • Pengertian Surat Definisi Jenis Tujuan Syarat Membuat Surat yang Baik
    Contoh Surat Tidak Rasmi: Format Dan Cara …
    November 15, 2022 0
  • kalendar malaysia 2016.jpg
    Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2016
    December 25, 2015 2
  • FW1092741 KL13 10102020 MINYAK BN202010091672 lpr 960x602 1
    Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 …
    November 16, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)