BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Suspek Buruan Polis 6 Minggu “Bersembunyi” Jadi Pelatih PULAPOL Kuching

ammar

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk seorang lelaki berusia 20 tahun yang menjadi buruan polis ini.

Lelaki yang merupakan suspek dikehendaki polis Kelantan ditahan ketika sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) Kuching, Sarawak.

Apa yang menghairankan adalah apabila suspek sempat menjalani latihan di akademi tersebut selama enam minggu sebelum ditahan pada 11 Ogos lalu.

Difahamkan, suspek merupakan individu yang dikehendaki polis yang dipercayai berkaitan dengan rompakan bersenjata di sebuah restoran di Kelantan pada 17 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, suspek dan rakannya telah menembak dua pekerja restoran ketika rompakan yang berlaku pada siang hari sebelum melarikan diri dengan motosikal.

Polis melancarkan gerakan memburu suspek, namun salah seorang daripadanya berjaya meloloskan diri ke Kuching.

Dengan tidak berasa bersalahnya, suspek telah memohon untuk menyertai PULAPOL. Pemohonan suspek diterima dan menjalani latihan bersama 360 calon lain selama enam minggu sehingga salah seorang tenaga pengajar mengambil keputusan untuk menyemak semula maklumatnya yang kemudian menghubungi Polis Kelantan dan terkejut apabila mendapati calon berkenaan adalah individu yang dikehendaki polis.

Polis Kelantan kemudian menghantar pegawainya ke Kuching untuk membawa suspek pulang ke Kelantan untuk siasatan lanjut. Video suspek yang ditahan menjadi viral di media sosial beberapa hari lepas. Dalam video itu kelihatan seorang lelaki berpakaian putih(seperti pelatih PULAPOL) ditahan oleh beberapa orang polis yang memakai pakaian preman.

Walaupun kisah ini seakan-akan tidak masuk akal tetapi ianya berlaku di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pihak PDRM kerana telah berjaya menangkap suspek ini.

ARTIKEL LAIN  Akhirnya Mahkamah Koroner Memutuskan Punca Kem@t!an Anggota Bomba, Muhammad Adib
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • budak sekolah
    Budak Sekolah Bawa Beg Berharga RM46k Ke …
    August 11, 2017 1
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0
  • Video Isteri Saleem Mengamuk
    (Video Penuh) Isteri Saleem Mengamuk Beri Amaran …
    August 16, 2017 0
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0
  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)