BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Budak Sekolah Bawa Beg Berharga RM46k Ke Sekolah Benar atau Tidak?

ammar

Hanya sekeping gambar tetapi membuatkan seribu cerita mengenainya. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada gambar viral budak sekolah yang menggalas beg jenama Supreme X Louis Vuitton.

Gambar yang diambil oleh seseorang itu menjadi viral dan perbincangan hangat di media sosial. Mana tidaknya, beg jenama Supreme X Louis Vuitton adalah satu jenama beg yang mewah serta diketahui harganya sangatlah mahal.pakai beg mahal 3

Sekiranya suatu ketika dahulu, jenama beg seperti Swan pernah mendominasikan dunia persekolahan rendah. Namun kini, zaman mungkin sudah berubah, apabila jenama-jenama yang pernah popular suatu ketika dahulu dilihat seperti kurang popular pada masa sekarang.pakai beg mahal

Sekeping gambar yang memaparkan seorang pelajar sekolah rendah yang memakai sebuah beg berjenama Supreme X Louis Vuitton telah jadi tular di laman Facebook.

Apa yang menariknya, gambar tersebut bukanlah diambil di luar negara, sebaliknya, gambar tersebut dipercayai telah diambil di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang.pakai beg mahal 2

Berdasarkan daripada harga yang dipaparkan di laman eBay, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bernilai lebih kurang RM46,000(mengikut tukaran wang semasa USD-RM).

Beg berjenama Supreme X Louis Vuitton yang berwarna merah yang dipakai oleh pelajar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang kemudiannya ada yang mempertikai keaslian beg tersebut.

Menurut beberapa orang netizen, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bukanlah yang asli, sebaliknya ianya mungkin tiruan kerana terdapat sedikit perbezaan berbanding dengan yang asli seperti pada bahagian butangnya yang berwarna perak, di mana ianya sepatutnya berwarna merah.Screenshot 20170811 110045 Screenshot 20170811 110116

Selain daripada beg itu, kasut Nike Sock Dart yang bernilai RM349 turut mendapat perhatian yang serupa daripada netizen.Pakai beg berharga rm44k ke sekolah pelajar sekolah di Pulau Pinang jadi terkenal serta merta4

Berdasarkan kepada pakaian seragam yang dipakai oleh kedua-dua pelajar dan kain rentang berbahasa Inggeris yang terdapat di dalam gambar ini, tertanya pelajar tersebut merupakan pelajar di salah sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang.

ARTIKEL LAIN  LTTE : Khalid Samad Mahu Polis Tunjuk Bukti

Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu bapa mereka mampu untuk memberikan barang-barang mahal untuk dipakai oleh anak-anak mereka di sekolah.

Pesanan buat ibu bapa: Dinasihatkan kepada semua ibu bapa yang ada anak yang masih bersekolah silalah berhati-hati. Jangan berikan pakaian atau barangan berjenama yang mahal-mahal kepada anak anda ke sekolah kerana mungkin mereka dijadikan sasaran oleh perompak.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. web bisnes jual topup saya

    anak orang kaye die yer

    August 13, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kemalangan lori
    Selepas Tiga Hari ‘Pemergian’ Suhaimi, Ibunya Dedah …
    February 28, 2019 1
  • Fitri Haris
    Kami Bukan Penunggang Agama – Fitri Haris
    April 25, 2019 0
  • kebakaran tahfiz
    Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Diarah Keluar …
    September 28, 2017 0
  • usahawan
    Barang mahal disebabkan kamu tiada duit. – …
    July 29, 2024 0
  • Isteri Yang Bekerja
    Zaman Sekarang Baik Macam Mana Pun Suami …
    January 5, 2018 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)