Makluman terkini, rakat Malaysia bakal menerima satu lagi bantuan terbaru iaitu Bantuan Sara Hidup 2023. Bantuan dalam bentuk wang tunai ini adalah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan B40 yang ramai dalam kategori golongan berpendapatan rendah.
Seperti yang anda sedia maklum, bahawa Malaysia baru sahaja selesai menamatkan proses Pilihan Raya Umum Ke-15 dan dan Kerajaan Perpaduan baru telah dibentuk dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-10.
Semasa dalam tempoh berkempen selama 2 minggu sebelum pilihan raya, pihak Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto Pakatan Harapan. Salah satu janji yang akan dilakukan adalah menangani isu kos sara hidup yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
Dalam perincian manifesto ini, ada juga dinyatakan bentuan bantuan yang akan disediakan dalam bentuk wang tunai untuk rakyat Malaysia.
Bantuan Sara Hidup 2023 (BSH)
Dalam kempen pilihan raya umum ke-15 yang lalu, Pakatan Harapan telah menegaskan bahawa selain daripada usaha untuk menangani kos sara hidup rakyat, sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir Kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, mereka juga akan meneruskan apa sahaja bentuk bantuan dalam bentuk wang tunai. Bantuan wang tunai ini adalah untuk golongan sasaran iaitu B40 yang berpendapatan rendah.
Tanggal 24 November 2022, secara rasminya Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri sekaligus Blok Pakatan Harapan telah dipilih oleh yang dipertuan Agong untuk memimpin Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Persekutan ini telah dibentuk bersama dengan gabungan blok parti Barisan Nasional, GPS dan GRS.
Bantuan Sara Hidup (BSH) ini dijangka akan mula dilaksanakan bermula awal tahun 2023 sebagai penjenamaan semula kepada Bantuan Keluarga Malaysia semasa Dato Seri Ismail Sabru, Bantuan Prihatin Nasional dibawah Tan Sri Muhyiddin serta Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mula diperkenalkan pada ketika pentadbiran Dato Seri Najib Razak.
Makluman terkini mengenai Bantuan Sara Hidup 2023 ini berkenaan jadual pembayaran, cara semakan dan cara membuat permohonan masih belum dikeluarkan dari kerajaan berikutan pembentukan kabinet masih lagi belum dibentuk ketika artikel ini ditulis. Namun, jangkaan mengenai bantuan ini, semakan atau kaedah permohonan akan berdasarkan data penerima BKM yang telah sedia ada sebelum ini yang berada dalam pangkalan data LHDN.
Pengumuman terbaru yang rasmi mengenai Bantuan Sara Hidup ini akan diumumkan tidak lama lagi dalam pembentangan semula bajet 2023 di parlimen. Perubahan atau penyusunan semula bajet 2023 masih belum diketahui lagi berikutan terdapat perbezaan kerajaan yang mentadbir selepas Pilihan Raya Ke-15 ini.
Semak Dan Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2023
Seperti yang penulis maklumkan di atas, untuk cara semak dan membuat permohonan Bantuan Sara Hidup 2023 masih belum dibuka dan tiada pengumuman rasmi lagi setakat ini. Namun jangkaannya, saluran bantuan ini akan mengikut data penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan akan berdaftar secara automatik sekiranya anda merupakan penerima BKM sebelum ini.
Walau apa pun, terus mengikuti laman ini untuk mengetahui makluman terkini bagi mengelakkan anda terlepas atau lewat memohon bantuan ini.
Pengenalan Bantuan Wang Tunai Rakyat Malaysia
Dato Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama yang memperkenalkan Bantuan untuk rakyat dalam bentuk wang tunai. Mantan Perdana Menteri ini menamakannya sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sinonim dengan slogan semasa pentadbiran beliau iaitu 1 Malaysia. Ia merupakan permulaan kepada usaha bantuan dalam bentuk wang tunai yang mensasarkan kepad golongan berpendapatan rendah.
Kemudian, apabila Kerajaan Pesekutuan telah bertukar tangan kepada Kerajaan Pakata Harapan pimpinan Tun Mahathir pada ketika itu, Kerajaan Tun Mahathir telah meneruskan bantuan wang tunai ini dengan penjenamaan semula sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini telah diberikan secara berperingkat terutamanya golonag B40. Pada ketika ini juga skim seperti i-Suri diperkenalkan bagi memberikan peluang para suri rumah untuk menikmat caruman KWSP.
Pada Mac tahun 2020, sekali lagi Kerajaan Pesekutuan bertukar tampuk pemerintahan dibawah Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin , dimana pada ketika itu, negara berhadapan dengan pandemik covid-19 dan memungkinkan bantuan kepada rakyat adalah diberikan dengan lebih besar dan menyeluruh. Pada ketika itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan peruntukan 250 bilion bagi membantu rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Beliau juga meneruskan bantuan wang tunai yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Dalam masa satu tahun setengah sahaja, negara Malaysia menyaksikan pertukaran Perdana Menteri yang sekalian kalinya dimana Dato’Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 dan juga meneruskan bantuan tunai ini kepada rakyat. Semasa pentadbiran beliau, Dato Sri Ismail menjenamakan pula bantuan tunai ini kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
No Responses