BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Senarai Tempat Pelancongan Menarik di Kota Kinabalu Sabah

ammar September 22, 2017

Sabah adalah sebuah negeri di wilayah Borneo yang terkenal dengan tarikan pelancongan tersendiri. Negeri yang kaya dengan tarikan alam semulajadi seperti pulau-pulau, taman negara, pantai yang indah serta kaya dengan pelbagai spesis haiwan.

Sabah yang diberi jolokan nama negeri di bawah bayu ini sememangnya terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Tidak hairanlah jika setiap tahun negeri Sabah adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang menerima antara paling banyak kunjungan dari pelancong tempatan dan pelacong asing(luar negara).

Perkembangan pesat aktiviti pelancongan di Sabah dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Tidak hairanlah jika dilihat sehari demi sehari banyak tempat pelancongan menarik yang baru dibuka.

Hotel Murah dan Terbaik di Kota Kinabalu, Sabah

Jika sebelum ini kami ada berkongsi kepada anda mengenai Senarai Hotel Murah dan Terbaik di Kota Kinabalu, kali ini lain pula ceritanya.

Dalam perkongsian kami kali ini, kami ingin menyenaraikan beberapa tempat pelancongan menarik yang wajib dikunjungi apabila anda melancong ke Sabah.

Tempat pelancongan menarik kali ini kami fokuskan di Kota Kinabalu, Sabah sahaja. Jika mahu senaraikan semua tempat menarik di seluruh Sabah kami rasa tidak cukup ruang untuk ditulis disini kerana setiap daerah di Sabah ini sangat banyak tempat pelancongan menarik.Sabah

Senarai Beberapa Lokasi Pelancongan Menarik di Kota Kinabalu Sabah

Berikut di bawah ini adalah senarai tempat pelancongan menarik yang berhampiran dengan Kota Kinabalu Sabah:

1.Pulau Sapi, Pulau Mamutik, dan Pulau Manukan-Untuk ke pulau-pulau ini anda perlu pergi ke Jesselton Point yang terletak berhampiran dengan pusat bandar Kota Kinabalu. Di Jesselton Point anda boleh memilih kaunter yang menawarkan pakej untuk ke pulau-pulau ini.

2.Pasar Filipina-Menjual pelbagai jenis cenderamata, kraftangan dan makanan laut yang telah dikeringkan. Disini juga terdapat restoran makanan laut yang agak berbaloi untuk mencubanya.

Seafood Waterfront Kota Kinabalu

Waterfront Kota Kinabalu3.Waterfront Kota Kinabalu-Jika anda melihat tugu dengan seekor ikan todak yang besar inilah dipanggil Waterfront Kota Kinabalu. Berhampiran ini banyak restoran makanan laut yang menghidangkan makanan laut yang segar. Di sini juga terdapat banyak hotel yang boleh ditempah. Waterfront berada bersebelahan sahaja dengan Pasar Filipina.

4.Pantai Tanjung Aru-Pantai Tanjung Aru terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Jika anda mahu makan makanan laut yang sedap dan segar sambil menghirup udara segar dari pantai inilah tempatnya.

5.Taman Awam Teluk Likas-Taman ini sesuai untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, berjogging, berkelah atau bermain di taman permainan(bagi kanak-kanak).

6.Masjid Jamek Likas(Masjid Terapung)– Masjid ini berada di hadapan Taman Awam Teluk Likas dan masjid ini berada di atas air. Ianya diberi nama jolokan “masjid terapung Sabah”.

Rumah Terbalik7.Rumah Terbalik & 3D Wonders Museum–  Terletak di Tamparuli, anda boleh menyaksikan pengalaman baru dengan memasuki rumah terbalik dan muzium 3D di sini.

Desa Cattle Dairy Farm8.Desa Cattle Dairy Farm– Apabila ke Sabah rasanya tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Desa Cattle Dairy Farm yang diberi jolokan nama “New Zealand Malaysia”. Tempat ini sangat nyaman dan sejuk seperti berada di luar negara. Pemandangan yang menarik dengan rumput-rumput kehijaun dan lembu yang sihat-sihat. Disini juga anda boleh menikmati susu lembu dan aiskrim yang segar dari ladang. Ianya diproses terus disini.

Kundasang War Memorial9.Kundasang War Memorial– Jika ke Kundasang tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke tempat ini kerana tempat ini berhampiran sahaja dengan pekan.

Borneo Ant House10.Borneo Ant House- Terletak di Tuaran dan tidak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Tuaran Crocodile Farm11.Tuaran Crocodile Farm– Sebagai ladang buaya terbesar di Sabah, ianya dapat menampung lebih daripada 1,000 buaya dan menjadi tarikan pelancongan. Taman buaya ini ditubuhkan pada Februari 2005. Pusat yang dengan keluasan 7 ekar tanah terletak bersebelahan dengan Lebuh Raya Sulaman, Tuaran.

Sabandar Cowboy Town12. Sabandar Cowboy Town– Ingin merasai pengalaman seperti berada di bandar Cowboy? Tempat ini wajib anda kunjungi bagi merasai pengalaman baru yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Aquarium & Marine Museum13.  Aquarium & Marine Museum– Terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah(UMS). Anda boleh melihat pelbagai spesis marin yang ada di dalam muzium ini.

Untuk mudahkan urusan anda melancong, ambil sahaja pakej percutian ke Sabah. Mereka sudah masukkan beberapa tempat di atas dalam tentatif pakej.

Ini adalah sebahagian tempat menarik yang ada di Kota Kinabalu. Banyak lagi tempat menarik yang tidak kami senaraikan disini. Jika anda ada sebarang cadangan mengenai tempat menarik di Sabah sila tinggalkan komen di bawah ini. Kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke semasa supaya memudahkan pelancong membuat pilihan tempat yang mereka ingin pergi.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Pingback: Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu Anda Kunjungi
    August 4, 2018
  2. Safariwisata

    Kota yang cantik

    October 11, 2021

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • gambar rumah berhantu.jpg
    Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat …
    November 18, 2015 2
  • Bagaimana Louis Vuitton
    Bagaimana Louis Vuitton, Dior, Prada, Gucci dan …
    November 6, 2016 0
  • Tuanku Zara Salim Header
    (Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya …
    September 25, 2017 0
  • pusat-mengundi
    Mulai Hari Ini, Pengundi Boleh Buat Semakan …
    April 16, 2018 0
  • Terowong Rahsia di Putrajaya
    Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai …
    August 18, 2015 6



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2022 BLOG AMMAR
Theme by Ammar Media Network