BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

ammar
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Ucapan Selamat Hari Raya. Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023” kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menyambuat syawal nanti.

Setelah sebulan umat Islam berpuasa kini tiba pula waktu yang dinanti-nantikan iaitu hari raya. Rasanya ucapan selamat hari raya berbentuk pantun melalui pesanan ringkas sms belum lagi pupus buat masa kini.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan selamat hari raya ini. Berikut adalah koleksi ucapan selamat hari raya tahun 2023:

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS saja penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

ARTIKEL LAIN  Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) Yang Ramai Tidak Tahu

Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata 
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Itulah sedikit sebanyak koleksi ucapan hari raya dari kami. Kami di Blog Ammar ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Raya sakan tau! Jangan baca blog masa raya. 

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
    June 21, 2017
  2. Pingback: Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Anda Boleh Gunakan
    May 23, 2020
  3. Pingback: Tiga Orang Anak Pasangan OKU Ini Ke Menara Gading Hasil Jual
    November 3, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Istana Syarqiyyah Terengganu e1438309595555
    Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu
    June 5, 2015 32
  • kerajaan perpaduan edit
    Keputusan Terkini PRU-15 2022: BN,PH,PN Dan PEJUANG
    November 17, 2022 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    May 23, 2020 2
  • kelayakan2520pinjaman2520perumahan2520mengikut2520gaji
    Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji
    October 28, 2015 4
  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)