Sebut sahaja filem Mohabbatein sudah pasti ramai dalam kalangan kita tahu mengenai kisah cinta ini.
Mohabbatein sebuah filem cinta pecah panggung dari Bollywood pernah menghantui semua manusia seluruh dunia pada tahun 2000.
Mana tidaknya, semasa zaman kegemilangan filem-filem Bollywood, ramai peminat diseluruh pelusuk dunia menghafal setiap lagu-lagu di dalam filem.
Mohabbatein adalah sebuah karya atau kisah cinta yang sungguh menyentuh perasaan. Tidak hairanlah jika ada yang menangis apabila menonton filem ini.
Filem hebat arahan Aditya Chopra ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Uday Chopra, Jugal Hansraj, Jimmy Shergill dan juga Aishwarya Rai Bachchan.
Kerana dibarisi pelakon-pelakon kacak, setiap kali filem ini keluar di kaca televisyen, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton.
Sudah 19 tahun berlalu. Mohabbatein kini tinggal sebagai sejarah filem terhebat Bollywood. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana rupa 3 remaja kacak di dalam filem ini sekarang?
Di sini, kami kongsikan wajah-wajah mereka. Antaranya adalah:
Jugal Hansraj
Terkenal dengan jolokan wajah “Baby Face” Jugal Hansraj sudah pasti membuatkan ramai yang akan mengingatinya dalam filem tersebut. Dan bagi siapa yang tidak tahu, Jugal sudah memulakan kariernya sejak kecil lagi.
Kini Jugal tidak lagi berlakon, dia lebih menumpukan perhatian terhadap penerbitan dan juga sebagai pengarah. Antara filem yang diarahkan olehnya ialah Roadside Romeo (2008) dan Pyaar Impossible! (2010).
Sehingga sekarang filem ini tidak pernah rasa jemu untuk ditonton banyak kali. Filem Bollywood Mohabbatein memang terkenal dan pernah ditayangkan di Malaysia beberapa kali.
Jimmy Shergill
Siapa yang dapat lupakan watak Karan Chaudry yang telah dimainkan oleh Jimmy Shergill. Dalam filem tersebut dia memegang watak seorang pelajar yang sangat baik dan bercinta dengan seorang janda berhias bernama Kiran. Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Dil Hai Tumara bersama Preity Zinta, My name is Khan dan juga Bang Bang.
Walaupun usianya sudah menjangkau 48 tahun, saat ini dia masih aktif di dunia lakonan dan terlibat dalam beberapa judul filem top Bollywood seperti Tanu Weds Manu, Munnabhai M.B.B.S., dan A Wednesday.
Uday Chopra
Beliau memegang watak sebagai Vikram Kapoor atau Oberoi iaitu seorang pelajar yang pandai menari. Menerusi filem tersebut dia telah berjaya menempatkannya sebagai calon Anugerah Filmfare bagi kategori Debut Lelaki Terbaik. Selain itu, Uday Chopra juga sangat terkenal dengan filem siri Dhoom 1 hingga 3.
Setelah 17 tahun berlalu dia dikenali sebagai selebriti yang aktif di Twitter dan sangat lucu di media sosial. Uday Chopra juga adalah seorang lelaki kaya yang sedikit nakal, namun berhati melankolis. Jika diperhatikan wajahnya kini sedikit berisi berbanding dahulu.
Siapa Paling Tua?
Setelah melihat ketiga-tiga wajah pelakon Mohabbatein ini, kami dapat simpulkan bahawa wajah Jugal Hansraj yang terkenal dengan jolokan “baby face” kini kelihatan lebih tua berbanding yang lain. Tidak disangka-sangka! Sungguh cepat masa berlalu dan kini mereka sudah tua.
Apa-apapun wajah Shahrukh Khan tetap “maintain” walaupun kini beliau telah berumur 53 tahun. Mungkin ada petua awet muda yang boleh dikongsikan?