BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia

ammar

nombor plat baru malaysia 2016.jpg Semakan Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia

Sudah ada desas-desus yang mengatakan Putrajaya dan Kuala Lumpur bakal menerima aksara baru untuk plat kenderaan baru. Berita ini sangat menggembirakan ramai kerana dilihat dapat memudahkan untuk diingat serta ringkas. 

Maka dengan ini tiada lagi nombor pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur yang menggunakan gabungan 3 iaitu [abjad] [nombor] [abjad]. Nombor pendaftaran di Kuala Lumpur selepas ini tidak lagi berakhir dengan “abjad”.

Putrajaya akan menerima aksara “F” bagi kenderaan baru yang didaftarkan bermula 1 Jun ini. Bidaan untuk nombor emas akan bermula akhir bulan ini (Mei 2016). Pastinya anda telah terfikir beberapa nombor emas seperti F 1, F 150, F 430 atau F 124 (FIZA). Plat F 1 di UK telah dibida oleh seorang usahawan dari Yorkshire dengan harga 6 juta pound sterling (34.7 juta MYR) untuk dipasang pada Bugatti Veyron yang harganya 440,000 pound sterling (2.5 juta MYR). Harga nombor plat lebih mahal dari harga kereta ooo… 

Kuala Lumpur pula akan menerima aksara “V” menggantikan plat sekarang iaitu W [nombor] [abjad]. Ini sangat memudahkan dari segi kaedah untuk menampal nombor plat terutamanya pada motosikal. Saya sendiri mengalami masalah untuk menyusun nombor plat belakang motosikal saya dengan cantik dan pada masa yang sama tidak melanggar apa-apa peraturan. Beberapa nombor emas yang boleh difikirkan adalah V 1atau V 4 (konfigurasi enjin V4).

Plat V akan diperkenalkan selepas Hari Raya nanti iaitu pertengahan Julai.

Menurut laporan Shahrim Tamrin dalam theSun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa awalan “F” telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.

‘F’ bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, ‘F’ akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu,” kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

ARTIKEL LAIN  Dana Raya Terengganu 2023: Permohonan dan Syarat Kelayakan (i-Fitri)

“Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan ‘V’ selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Untuk semakan nombor plat kenderaan terkini mengikut negeri anda boleh layari link di bawah:

SEMAK SINI: http://www.jpj.gov.my/transaksi-percuma-no.-pendaftaran-terkini

nombor pendaftaran kenderaan terkini 2016.png

Gambar di atas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan terkini 2016 yang boleh dilihat terus melalui laman web JPJ.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 2
    Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas …
    November 23, 2022 0
  • Istana Syarqiyyah Terengganu e1438309595555
    Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu
    June 5, 2015 32
  • Koleksi-Ucapan-Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri-2015
    Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023
    November 1, 2022 0
  • mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg
    Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya …
    November 23, 2015 1
  • anak muda
    Anak Muda Boleh Nikmati RM31000 Dalam 3 …
    June 4, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)