BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

4 Cedera Dalam Pesawat AirAsia Dari Taipei ke Kuala Lumpur

ammar
airasia dari taipei ke kuala lumpur

Gambar oleh : Sinchew.com

4 penumpang AirAsia X cedera dalam penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur. Kecederaan itu berlaku kerana pesawat mengalami gangguan gelora udara serius menyebabkan sekurang-kurangnya seorang pramugari dan 3 penumpang cedera.

Sin Chew Daily melaporkan penerbangan D70373 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kira-kira 8.35 malam Rabu, tetapi penumpang hanya dibenarkan meninggalkan pesawat 15 minit kemudian selepas ambulans tiba.

Seorang penumpang wanita memberitahu akhbar itu, pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di ibu negara Taiwan itu mengalami gelora udara serius ketika dalam perjalanan ke klia2 dan ada penumpang cedera akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Beliau berkata, bagasi jatuh dari tempat simpanan di atas akibat gelora udara, menyebabkan kepala seorang penumpang terluka.

Katanya, gangguan serius itu turut menyebabkan seorang pramugari terjatuh, manakala seorang kanak-kanak berusia 9 tahun cedera di kepala dan pinggang akibat terjatuh selepas hilang kawalan.

“Seorang nenek juga cedera di kepala dan tidak boleh bergerak.”

ARTIKEL LAIN  10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis Evo
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • mualaf murtad
    Viral Mualaf Ditinggalkan Suami Hidup Susah dan …
    July 25, 2017 1
  • roboh rumah
    Rumah Diroboh, Mana ADUN, YB Khairuddin? Penduduk …
    September 23, 2019 0
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0
  • gambar tmj dan che puan khaleeda
    Ramai Pengunjung Terkejut Pakaian Cik Puan Khaleda …
    June 9, 2016 1
  • suhaimi saad
    Ramai Perempuan Mesej Kacau, Tapi Suhaimi Kuat …
    February 21, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)