BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pasaraya Giant Bakal Diboikot Jual Alas Kaki Bendera PAS

ammar

Jual Alas Kaki Bendera PASPasaraya Giant Bakal Diboikot Jual Alas Kaki Bendera PAS

Beberapa keping gambar alas kaki yang seakan-akan bendera Parti Islam Semalaysia(PAS) kini viral di laman sosial facebook sejak semalam. Dalam gambar itu jelas menunjukkan lelaki memegang alas kaki logo PAS di sebuah pasaraya terkenal.

Menurut sumber, Pasaraya Giant di Tawau Sabah, didakwa menjual alas kaki berwarna hijau dengan bulatan berwarna putih di tengah yang mirip dengan bendera Parti Islam Semalaysia(PAS) mencetuskan kemarahan ahlinya di laman sosial facebook.

Salah seorang penyokong parti itu mendakwa Pasaraya Giant sengaja memprovokasi perasaan dan kesabaran ahli, penyokong dan pendukung PAS di seluruh negara.

Penyokong tegar itu turut menyertakan gambar alas kaki yang dimaksudkan di mana salah satu gambar dipegang oleh seorang lelaki yang memakai baju ARC (Alternative Riding Club) sebuah kelab motorsikal yang ditubuhkan oleh Sayap Pemuda PAS.alas-kaki-bendera-pas bendera-pas-alas-kaki

Tidak pasti sama ada isu ini akan dipedulikan atau tidak. Apa pun, pasaraya Giant seharusnya lebih sensitif selepas ini. Logo atau lambang persatuan masak-memasak Makcik Kiah yang hanya ada dua orang ahli pun tidak patut dijadikan alas kaki, apatah lagi lambang PAS.

Bila lambang parti dijadikan alas kaki, penyokong parti mana pun akan marah, kerana ia dianggap satu penghinaan dan membuatkan mereka rasa terhina.

Mengenai isu sama, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu iaitu Dr Azman Ibrahim memberikan komen mengenai isu itu di laman sosial facebook miliknya.

Sekeping gambar lagi menunjukkan respon dari facebook Giant Malaysia mengenai isu ini. Namun kesahihan gambar ini belum diketahui. Marilah sama-sama kita tunggu penjelasan rasmi dari pihak Pasaraya Giant Malaysia sendiri.

respon-pihak-giant

ARTIKEL LAIN  Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 Minggu Berturut-turut
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Isteri Yang Bekerja
    Zaman Sekarang Baik Macam Mana Pun Suami …
    January 5, 2018 1
  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • pondan bertaubat kembali jadi pondan
    Penat Jadi Baik, Akhirnya Safiey Ilias Tekad …
    September 5, 2016 0
  • sm salim
    Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia …
    December 29, 2016 1
  • Alieff Irfan Youtuber
    B0ik0t Youtuber Terkenal, Alieff Irfan Kerana Video …
    October 16, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)