BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Polis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di Maahad Tahfiz

ammar

Kes Cabul Datuk Kazim EliasPolis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di Maahad Tahfiz

Kes cabul di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias menjadi topik hangat di media sosial beberapa bulan lepas. Selepas beberapa bulan kes itu dilihat sepi tanpa sebarang pendakwaan dibuat.

Ini ada berikutan pemilik sekolah tahfiz iaitu Datuk Mohammad Kazim Elias menafikan kes tersebut.

Terkini, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.

Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.

Tunggu Hasil Siasatan Untuk Buat Pendakwaan

Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.

Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.

Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.

ARTIKEL LAIN  Tonton Siaran Langsung Pembubaran Parlimen Malaysia
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    kes sebegini kena diberikan tindakan serius dan segera

    January 4, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pelakon berusia 23 tahun
    Pelakon 23 Tahun Ditahan Polis Larikan Isteri …
    May 27, 2020 0
  • jerebu2520di2520malaysia1
    Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – …
    September 28, 2015 1
  • Nitizen Persoal Isteri Faizznur Bergaya Dengan Beg RM16,000
    Nitizen Persoal Isteri Faizznur Bergaya Dengan Beg …
    October 20, 2016 0
  • status-phd-dr-azizan-osman-penipu
    Kenyataan Rasmi Penipuan Status PhD Dr Azizan …
    October 6, 2016 4
  • Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
    Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa …
    March 16, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)