BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji

ammar

kelayakan pinjaman perumahan mengikut gaji.jpgKelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji

Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji. Berita baik buat kakitangan awam 2015!

Kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam mengikut gaji telah dikemaskinikan. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 kelayakan pinjaman perumahan kerajaan mengikut gaji telah ditetapkan seperti jadual di bawah.

Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kewangan iaitu dibawah Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan kadar kelayakan baru bagi permohonan pinjaman perumahan pada tahun 2015.

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Pebendaharaan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses – Berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Langkah pertama untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan adalah menyemak status kelayakan pinjaman seseorang individu. Dengan menyemak status ini anda akan mengetahui seseorang individu itu layak atau tidak untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan.

Kemaskini! Badan kerajaan yang menguruskan pinjaman perumahan sektor awam dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA). Sebelum wujudnya LPPSA sebelum ini, Bahagian Pinjaman Perumahan(BPP) menjadi badan yang menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam.

BPP telah ditukarkan kepada LPPSA bermula 1 Januari 2016. Dalam siaran media, Kementerian Kewangan mengatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) kepada penjawat awam.

Bagi kakitangan awam yang ingin memohon pinjaman perumahan bolehlah melayari laman web rasmi LPPSA http://www.lppsa.gov.my

Berikut adalah Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan (Dikemaskini 1 Januari 2015)

kelayakan pinjaman perumahan kerajaan mengikut gaji 2015.png

Mengikut petikan kata-kata dari YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan akan meluluskan semua permohonan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan yang layak untuk memiliki rumah pertama. “Jika mereka layak, tiada alasan untuk menolak pinjaman perumahan mereka”.

“Jika tidak layak sudah pasti kerajaan tidak melayakkan permohonan itu”, katanya dalam satu temubual di TV1.

Jadi, kepada sesiapa yang layak untuk membuat pinjaman perumahan ini dinasihatkan segera membuat permohonan pinjaman.

ARTIKEL LAIN  Memburukkan Kerajaan 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke Luar

Faktor usia yang lanjut menyebabkan kerugian kepada pembeli rumah. Mulakan sekarang selagi umur masih muda. Jangan ketika tua baru berfikir untuk membeli rumah sendiri.

Perhatian! Kelayakan pinjaman adalah mengikut jumlah gaji pokok bulanan tidak termasuk elaun. Gaji bulanan hakiki=gaji pokok.

Prev Article
Next Article

4 Comments

  1. amiluddin

    macam mana saya nak beli rumah dengan gaji rm1.500 sebulan…saya nk buat loan pun takut tak lepas..saya baru pertama kali nak beli rumah dan membuat loan…dengan gaji bulanan rm1.500 sebulan misti tak lepas nak beli rumah dengan buat loan…mintak tolong ajar saya bagaimana nak buat semuaa itu

    July 26, 2016
  2. Nurul hassnah binti jusoh

    Salam sejahtera.bolehkah saya mengetahui tentang proses loan perumahan kerajaan?berapa lamakah waktu yang di ambil untuk sesuatu proses loan perumahan kerajaan ini?

    December 18, 2016
  3. Kiena

    Asalamualaikum, kalau kerja kerajaan negeri, boleh ke kita buat pinjaman kerajaan pusat??

    January 11, 2017
  4. Nurul hassnah binti jusoh

    Salam sejahtera.bolehkah saya mengetahui tentsng bayaran loan?bilakah penjual boleh mendapat bayaran daripada pembeli setelah loan(pembeli)sudah di luluskan oleh LPPSA?

    February 17, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • LOGO IPG 2010.jpg
    Permohonan IPG 2023 Dan Syarat Kemasukan
    December 27, 2022 1
  • wanita berusia
    Kahwini Wanita Berusia, Bukti Anda Seorang Lelaki …
    December 3, 2018 0
  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0
  • pure white background 85a2a7fd 6
    Semak Bil Astro Melalui IC, SMS Dan …
    November 27, 2022 0
  • IMG 20211123 115615
    Kalendar Dan Jadual Peperiksaan MUET 2023 Beserta …
    December 10, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)