BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

Islah Ibrahim

Perhatian kepada semua peminjam MARA, untuk makluman, anda boleh membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA melalui online. Berikut akan dikongsikan kepada anda bagaimana menggunakan portal eConversion Mara iaitu cara mohon pengurangan balik pinjaman MARA.

Langkah-langkah untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

eConversion MARA: Makluman Kelayakan Permohonan Pengurangan Pinjaman Balik Pelajaran

Kelayakan Permohonan
1. Pelajar telah tamat dan lulus pengajian
– Mesti dibawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA
– Telah mengikut tempoh masa yang ditetapkan melalui Surat Tawaran atau Perjanjian
2. Tiada sebarang pertukaran kursus/program ataupun tempat pengajian kecuali telah memperoleh kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
3. Mesti tertakluk kepada peminjam yang masih belum ataupun tidak pernah mendapat sebarang pinjaman/bantuan kewangan dari mana-mana penganjur yang lain
4. Tidak ada sebarang tunggakan dalam akaun Pinjaman Pelajaran MARA
eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

eConversion Mara: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

Berikut adalah Langkah-Langkah membuat permohonan eConversion

1. Sila masuk ke Portal Rasmi eConversion melalui pautan ini https://econversion.mara.gov.my/ dan anda peminjam boleh mohon hanya secara online
2. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

a) Sediakan salinan Sijil/Diplomạ/Ijazạh/Mạster/PhD yang telah disạhkan
b) Sediạkạn salinan transkrip rasmi penuh yang telah disahkan oleh pihak berwajib
c) Sediakan juga salinan Sijil/Diplomạ /Ijazạh/Mạster/Phd yang telah disahkan oleh Pegạwai Kerajaạn atau Badạn Berkạnun Kumpṳlạn A dan juga Penghṳlu/Sidang/Jaksa Pendạmai (JP)/ Wakil Rạkyat Kawasan/ Pegawai Dalam Perkhimatan Perundangan dan Kehakiman seperti Ahli Majistret/Peguam
d) Setiap pengesahan yang diperolehi perlu bersama-sama dengan Cop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang membuat pengesahan
eConversion MARA: Cara Mohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

eConversion Mara: Syarat-Syarat Permohonan

  1. Untuk mengetahui maklumat syarat-syarat permohonan, anda boleh rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)
  2. Maklumat mestilah diisi dengan lengkap dan tiada sebarang kesilapan sebelum dihantar
  3. Setiap pemohon dibenarkan untuk membuat 1 permohonan sahaja.
  4. Tidak ada sebarang tunggakan pada akaun pinjaman pelajaran MARA
  5. Permohonan anda akan terbatal sekiranya maklumat yang anda diberikan adalah palsu
  6. Sekiranya anda memberikan maklumat palsu, anda tertakluk dibawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989). Anda boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
  7. Anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran balik pinjaman melalui pengeluaran caruman KWSP. Anda boleh berbuat demikian melalui Portal Rasmi KWSP melalui I-Akaun.
  8. Semasa membuat permohonan, pengguna dinasihatkan menggunakan Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk melihat paparan yang baik dan jelas.
ARTIKEL LAIN  Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 Dan Diesel

eConversion MARA: Makluman Bayaran Komitmen

Peminjam yang telah membuat permohonan perlu membuat bayaran komitmen berjumlah RM300 di atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA. Sila sertakan sekali bukti pembayaran.

Jika pemohon ada membuat pembayaran yang telah dibuat ketika pengurangan bayaran balik pinjaman MARA belum diluluskan, pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan.

Pembayaran tersebut tetap diterima tetapi ianya ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.

Jika akaun akaun peminjam dikenalpasti mempunyai tunggakan dan permohonan juga tidak lengkap. Permohonan anda tidak akan diproses.

Sekiranya pemohon gagal membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang tertera dalam Surat Tawaran/ Perjanjian, anda perlu membuat bayaran balik pinjaman secara 100% seperti yang dinyatakan oleh pihak MARA.

Cara Buat Semakan Kelulusan

Pemohon yang ingin menyemak kelulusan rasmi permohonan pengurangan balik pinjaman MARA boleh berbuat demikian melalui sistem e-baki melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/

Pihak Mara menerima permohonan yang sangat banyak, maka proses kelulusan pengurangan balik pinjaman Mara mengambil masa kira-kira 6 bulan dari tarikh permohonan diterima atau yang didaftarkan.

Ianya juga bergantung kepada situasi berkait dengan pengumuman semasa kerajaan yang sedang memerintah, seperti pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau arahan-arahan pihak berkuasa yang lain.

Untuk makluman lanjut anda boleh hubungi pihak MARA dibawah Unit Conversion Bahagian Kawalan Kredit seperti berikut:

  • Alamat Emel: [email protected]/ [email protected]/ [email protected]/ [email protected]
  • No Telefon yang boleh dihubungi: 03-26132130/ 32171 / 32180 / 32198 / 32140 / 32156 / 32183 / 32184 / 32188 / 32298

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang membuat pinjaman pelajaran dengan MARA ya. Semoga bermanfaat!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 310170703 194068256320348 4343605471957286114 n
    Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Terkini dan Cara …
    November 27, 2022 0
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • sultan kelantan cemar duli
    Kisah Benar Mangsa Banjir Tidak Sedar Lelaki …
    December 15, 2016 1
  • Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat
    Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya …
    December 13, 2016 0
  • Wang Tak Dituntut
    Cara Buat Semakan Secara Online Wang Tak …
    August 3, 2017 9

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)