BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Bayaran PERKESO 2022 Dan Semakan Tuntutan

Islah Ibrahim

Anda tahu apa itu PERKESO yang diperuntukkan dalam dunia pekerjaan ? PERKESO adalah ringkasan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial, ada juga disebut SOCSO (Social Security Organization). Pada laman ini, penulis akan kongsikan info mengenali PERKESO berserta tarikh bayaran PERKESO 2022 dan Semakan Tuntutan.

Jika anda adalah seorang pekerja yang bekerja di Syarikat swasta, caruman dalam SOCSO ini adalah wajib bagi anda. Itu adalah hak anda sebagai pekerja. Kalau syarikat yang anda bekerja itu tidak membuat caruman SOCSO, sebenarnya majikan anda telah melanggar undang-undang serta boleh dikenakan tindakan.

Mengenali SOCSO/PERKESO

PERKERSO/SOCSO diwujudkan bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan dalam bentuk duit tunai dan manfaat-manfaat kepada pekerja yang bekerja di syarikat/organisasi swasta. Ianya adalah satu bentuk persediaan jika berlakunya kecemasan, ditimpa kemalangan, terkena penyakit berjangkit, tercedera atau meninggal dunia semasa sedang bekerja. Soal ini sangat penting kepada seorang pekerja untuk memastikan ada sistem perlindungan sekiranya berlaku apa-apa ke atas pekerja.

Pihak PERKESO/SOCSO juga ada membuat bayaran faedah dimana terdapat dua skim faedah keselamatan sosial yang disediakan iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Skim Yang Ada Dibawah SOCSCO Yang Membenarkan Pekerja Buat Claim Duit

1. SKIM INSURANS PEKERJA (SIP)

Pihak SOCSO ada menyediakan elaun tunai berjumlah RM600 untuk tempoh 3 bulan sekiranya pencarum tersebut kehilangan pekerjaan

2. SKIM PENCEN ILAT

Situasi keilatan adalah seorang pekerja itu telah uzur secara kekal, tak boleh diubati, atau potensi untuk sembuh tiada lagi. Contohnya penyakit kritikal yang boleh membawa maut, sakit kanser pada tahap tinggi, sakit strok dan lain-lain yang hampir sama. Keadaan ini menyebabkan pekerja tersebut tidak dapat lagi mencari nafkah untuk keluarga. Skim ini membantu memberikan perlindungan kepada pekerja

3. SKIM BENCANA PEKERJAAN

Skim ini pula akan membantu memberi perlindungan kepada pekerja yang kemalangan semasa bekerja, ini termasuk terkena penyakit yang berpunca dari tempat kerja.

ARTIKEL LAIN  Kahwini Wanita Berusia, Bukti Anda Seorang Lelaki Power

Tarikh Bayaran PERKESO 2022

Makluman terkini daripada PERKESO, ini adalah tarikh bayaran PERKESO 2020 terkini yang akan dikongsikan meliputi bulan, hari ,tarikh bayaran beserta catatan pembayaran. Untuk makluman anda, di PERKESO terdapat dua skim yang menyediakan faedah keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Kemaskini daripada PERKESO telah memaklumkan, berlaku kenaikan kadar pencen berjumlah 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus dalam skim bencana pekerjaan dan skim ilat berkuatkuasa 26 Disember 2017.

Daripada pengumuman ini , seramai 328,056 orang penerima akan menerima bayaran tunggakan pelarasan dimana bayaran ini memperuntukkan sebanyak RM72.62 Juta. Faedah ini dibayar melibatkan penerima yang menghadapi hilang upaya kekal, orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.

Berikut dikongsikan kepada anda Tarikh Bayaran PERKESO 2022 yang akan dibayar selepas pembayaran gaji penjawat awam atau pekerja kerajaan serta pesara kerajaan.

BULANTARIKHHARICATATAN PEMBAYARAN
Januari25 Jan 2022Selasa1 Februari merupakan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina
Februari1 Mac 2022Selasa–
Mac1 April 2022Jumaat–
April26 April 2022Selasa1 Mei adalah Hari Pekerja/Buruh, Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 3 & 4 Mei 2022
Mei25 Mei 2022Rabu–
Jun1 Julai 2022Jumaat–
Julai1 Ogos 2022Isnin21 Julai adalah Hari Raya Aidiladha
Ogos1 September 2022Khamis–
September30 September 2022Jumaat–
Oktober17 Oktober 2022Isnin24 Oktober adalah Hari Deepavali
November1 Disember 2022Khamis–
Disember20 Disember 2022Selasa25 Disember adalah Hari Krismas
Tarikh Bayaran PERKESO 2022

Cara Semak Status Permohonan Tuntutan

Jika anda ingin membuat semakan tuntutan, terlebih dahulu anda lakukan semakan pendaftaran Majikan dan Pekerja. Bagi memastikan nama anda berada dalam sistem PERKESO.

Berikut adalah langkah-langkahnya

  1. Lawati Portal PERKESO pada pautan berikut http://esemak.perkeso.gov.my/ anda juga boleh layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my kemudian klik pada ikon e-Semak
  2. Kemudian laman utama e-Semak akan dipaparkan kepada anda
  3. Untuk membuat semakan status pendaftaran majikan, sila pilih menu ‘Majikan’ dan masukkan nama Majikan/ Nombor Kod Majikan
noname 10
Tarikh Bayaran PERKESO 2022

4. Manakala untuk menyemak status pendaftaran pekerja, sila pilih menu ‘Pekerja’ dan masukkan Nombor Kad pengenalan tanpa sempang –

tarikh bayaran perkeso 2022
Tarikh Bayaran PERKESO 2022

Sekiranya tertera maklumat anda, anda boleh membuat semakan tuntutan pada pautan yang sama untuk mengetahui status permohonan anda untuk urusan PERKESO. Proses tuntutan ini harus dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia tempat anda bekerja, pasukan HR sepatutnya memberikan bantuan dan panduan bagi memastikan tuntutan anda dibayar.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • babi hutan
    Babi Hutan Indonesia Ceroboh Melaka Kata Exco
    September 5, 2019 0
  • EC555C30 DE31 4AC0 AF82 B7F3F9D57C63
    Dana Raya Terengganu 2023: Permohonan dan Syarat …
    May 31, 2023 0
  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0
  • status brim
    Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Tidak …
    February 21, 2017 27

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)