Kali ini penulis akan kongsikan bagaimana untuk melakukan urusan BKM Login Cara Semakan Bayaran permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda.

Makluman terkini oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung dengan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , bayaran bagi fasa ke-4 akan diawalkan dari jadual sebelum ini. Pembayaran akan bermula pada 15 November sehingga 18 November 2022 secara berperingkat.
Bantuan Keluarga Malaysia ini adalah adalah bantuan kerajaan dalam bentuk tunai yang akan dikeditkan ke akaun golongan sasaran yang telah membuat permohonan. Golongan sasaran ini adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Bayaran BKM fasa ke 4 ini melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.1 billion yang memberi manfaat kepada 5.2 juta rakyat Malaysia.
Kategori penerima yang bakal menerima bantuan ini adalah melibatkan isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan. Untuk semua fasa, setakat ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8 billion bagi tahun 2022 yang telah memberi manfaat kepada 8.7 juta rakyat Malaysia.
BKM Login: Cara Semakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Jika anda telah membuat permohonan BKM, anda boleh terus membuat semakan permohonan menerusi pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login dan anda akan makluman mengenai keputusan permohonan anda. Ini adalah kaedah BKM Login yang memudahkan anda membuat semakan hanya melalui telefon pintar anda.
Sekiranya anda tidak memohon, maka status akan memaklumkan ‘Tiada rekod permohonan.Sila rujuk ke Cawangan LHDN berdekatan sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut’.
Berikut adalah langkah-langkah untuk semakan status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda melalui BKM Login.
- Masuk ke Portal Rasmi melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Anda perlu klik (LOG MASUK BKM) melalui BKM Login anda.
- Jika anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini iaitu (BPR) anda boleh buat semakan dengan menggunakan kata laluan Bantuan BPR.
- Sila isikan maklum No. Kad Pengenalan anda semasa LOG MASUK ataupun ID Pengguna.
- Klik butang (Semakan Status).
- Anda akan melihat keputusan semakan status terpapar pada ruangan ini.
- Anda juga akan melihat maklumat pembayaran iaitu berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bersama dengan tarikh bayaran yang akan dikreditkan ke akaun anda. Ianya boleh dilihat selepas pihak LHDN berjaya selesaikan proses maklumat anda sebagai pemohon.
- Tahniah, urusan semakan anda melalui BKM Login selesai.

Sekiranya anda belum membuat permohonan BKM, permohonan BKM hanya dibuka bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 yang lalu. Jika anda belum memohon, anda boleh membuat pertanyaan lanjut kepada pihak LHDN melalui talian hotline BKM LHDN : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi-5.00 petang)
Makluman Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa tertakluk kepada perubahan kerajaan yang menerajui Malaysia kini. Sekiranya perkongsian BKM Login ini bermanfaat, silalah kongsi kepada rakan-rakan anda.