BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Babi Hutan Indonesia Ceroboh Melaka Kata Exco

ammar

Populasi babi hutan kian meningkat di Melaka, Negeri Bersejarah, lapor The Star.

Spesis babi hutan kini berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka.

Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Exco pertanian negeri berkata perkara itu tidak dijangka, walaupun babi hutan memang diketahui pandai berenang.

“Pencerobohan babi hutan dari Indonesia ini amat mengecewakan kami memandangkan populasi haiwan liar di negeri ini makin bertambah.

“Melaka kini dipenuhi dengan babi hutan dari Indonesia” ujar beliau.

“Pulau Besar dilihat menjadi destinasi pilihan utama babi-babi hutan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Ujong Pasir dan kawasan pantai lain,” katanya.

Katanya lagi, populasi babi hutan di Pulau Besar juga mampu untuk mengatasi jumlah populasi penduduk sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Justeru, jabatan perhilitan negeri Melaka kini sedang menjalankan program untuk menghapuskan sejumlah besar babi hutan di negeri itu.

Untuk membanteras masalah itu, Jabatan Perhilitan membawa masuk tiga penembak tepat untuk menyelamatkan Pulau Besar.

Pulau Besar terkenal sebagai tempat mistik dengan dengan adanya beberapa telaga dan peninggalan seperti kubur-kubur lama.

Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah berlabuh di pulau itu sebelum meneruskan ekspedisi ke India, Sri Lanka dan Afrika.

Negeri Bersejarah, Melaka jika tidak dikawal dari pencerobohan babi hutan mungkin boleh merosakkan ekosisten asal yang telah lama wujud.

Melaka memang terkenal sejak dahulu lagi sebelum Malaysia terbentuk, Melaka sudah menjadi sebuah kota yang disegani dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing.

Diharap usaha-usaha untuk mengawal penceroboh babi hutan dari Indonesia berjaya dijalankan supaya ekosisten di Melaka terjaga.

ARTIKEL LAIN  Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • m10 perlembagaan BHfield image listing featured 1
    Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara dan …
    December 28, 2022 0
  • gambar-kahwin-budak-8-tahun-dengan-nenek-61-tahun
    Budak Umur 8 Tahun Berkahwin Dengan Nenek …
    July 29, 2015 0
  • mosque silhouette in sunset beautiful night vector 28131101
    4 Sifat Wajib Bagi Rasul dan Dalil …
    December 3, 2022 0
  • contoh2520surat2520rasmi2520berhenti2520kerja2520mudah1
    CONTOH SURAT RASMI BERHENTI KERJA MUDAH
    August 19, 2015 1
  • Logo01.20221 600x600.png
    Senarai Foodpanda Voucher Terkini Bulan November 2022
    November 21, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)