BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022: Terkini 3.10%

Islah Ibrahim

Setiap tahun, pihak Tabung Haji akan mengumumkan kadar dividen setiap awal tahun. Ianya akan melibatkan semua pemegang akaun Tabung Haji di Malaysia. Perkongsian kali ini akan membantu anda bagaimana untuk membuat semakan dividen tabung haji 2021/2022

Pihak Lembaga Tabung Haji telah membuat pengumuman agihḁn keuntungḁn (hibḁh atau dividen) berjumlḁh 3.10% selepas dikirḁ bersama jumlḁh yang dizakatkan bagi tḁhun kewḁngan berakhir pḁda 31 Disember 2021.

Berikut adalah pengumuman rasmi agihan keuntungan pada tahun 2021.

Semakan dividen tabung haji 2021/2022

Menurut laporan daripada Tabung Haji, berikut adalah prestasi kewangan bagi tahun 2021 yang telah didedahkan:

  • Pengagihan keuntungan bagi tahun 2021 meningkat lebih tinggi daripada purata kadar deposit secara tetap dalam perbankan islam dalam tempoh 12 bulan (berjumlah 2.36%). Ini juga telah mengambil kira zakat yang akan dilunaskan bagi pihak pendeposit.
  • Pihak Tabung Haji telah membayar sejumlah RM107 juta bagi pihak pendeposit untuk tahun 2021
  • Prestasi kewangan Tabung Haji terus kukuh dengan pengisytiharan aset Tabung Haji sebanyak RM88.73 bilion dan ianya melebihi liabiliti yang berjumlah RM85.51 bilion bagi tarikh 31 Disember 2021.
  • Dengan pengumuman ini, bermakna, jumlah aset pada nilai RM88.73 bilion sekaligus merupakan paling tinggi dalam sejarah dalam tempoh 59 tahun.

Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022 : Tarikh Bayaran

Para pendeposit boleh membuat semakan bayaran dividen bagi tahun 2022 pada jadual berikut

Dividen TahunTarikh
202127 Februari 2022
2022Akan diumumkan

Untuk makluman anda, semakan dividen tabung haji 2021/2022 boleh dibuat melalui beberapa cara:

  1. Website rasmi bank-bank terpilih: Portal Bank Islam,Bank Rakyat, Maybank, Cimb dan Portal Ambank
  2. Portal Rasmi Tabung Haji: Melalui Thijari
  3. Melalui Mesin ATM bank-bank terpilih: Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
ARTIKEL LAIN  TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2016

Berikut adalah cara untuk anda buat semakan dividen setiap tahun , anda boleh buat semakan hanya secara online sahaja melalui portal Thijari.

  1. Anda boleh terus layari portal rasmi Thijari pada pautan www.thijari.com.my
  2. Semasa anda login, masukkan ID anda yang pernah anda daftarkan sebelum ini.
  3. Jika anda ada mendaftarkan akaun Tabung Haji dibawah jagaan anda, anda juga boleh semak melalui satu ID yang sama. Anda boleh semak sekali makluman pemegang akaun dibawah jagaan anda.
  4. Untuk melihat makluman dividen, anda klik pada menu ‘Ringkasan Akaun’
  5. Untuk melihat transaksi terkini akaun anda, sila lihat pada bahagian ‘Penyata Akaun’ Bulan Februari 2022

Ini adalah gambar contoh untuk anda melihat dividen

274365806 480783830164248 1194667457052362690 n

Berita Baik Untuk Para Pendeposit Tabung Haji

Pihak Tabung Haji telah memaklumkan, telah melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi kewangan tahun 2020. Ianya telah meningkat berbanding tahun sebelumnya 2019 iaitu hanya sebanyak RM86 juta.

Dengan penyataan ini, pendeposit Tabung Haji tidak perlu lagi membayar zakat di atas nilai wang simpanan anda dalam Tabung Haji berserta dengan dividen keuntungan yang telah diterima.

Kaedah Pengiraan Agihan Keuntungan Tabung Haji

Tabung Haji membuat pengiraan pengagihan keuntungan dengan cara mengambil kira purata baki simpan terendah bagi pemegang akaun setiap bulan sepanjang tahun 2021. Kemudian, ianya didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Contoh tahun ini ialah 3.10% bagi tahun 2021.

Berikut adalah cara pengiraannya dengan terpeinci:

Purata baki simpanan terendah setiap bulan X 3.10% = (baki simpanan terendah bulanan dari bulan Januari-Disember 2021/bilangan bulan) X 3.10%

Di sini penulis kongsikan pengumuman dividen tabung haji 2021 yang telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Idris Ahmad

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 5
    Cara Mohon USAS Online Universiti Sultan Azlan …
    November 24, 2022 0
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0
  • 3003592
    50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan dan …
    December 8, 2022 0
  • EC555C30 DE31 4AC0 AF82 B7F3F9D57C63
    Dana Raya Terengganu 2023: Permohonan dan Syarat …
    May 31, 2023 0
  • Logo01.20221 600x600.png
    Senarai Foodpanda Voucher Terkini Bulan November 2022
    November 21, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)