BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Mengamalkan Ayat Seribu Dinar dan Kelebihan Mengamalkannya (Panduan Lengkap)

Islah Ibrahim
Ayat Seribu Dinar
Ayat Seribu Dinar

Anda mencari panduan membaca dan mengamalkan ayat seribu dinar?. Anda sudah berada di laman yang tepat kerana artikel kali ini akan kongsikan cara mengamalkan ayat seribu dinar untuk anda.

Anda biasa dengar ayat seribu dinar tapi mungkin belum tahu kenapa ianya dipanggil seribu dinar betul?

Kisah Pedagang dan Ayat Seribu Dinar

Mengikut sejarahnya, ada seorang pedagang lelaki yang telah bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang tersebut mendapat perintah supaya membuat sedekah sebanyak satu ribu dinar.

Pedagang itu mengalami mimpi itu sebanyak 3 kali berturut-turut dan akhirnya pedagang itu berfikir bawah mimpi tersebut adalah benar. Maka pedagang itu merealisasikan mimpinya itu dengan mensedekahkan wangnya sebanyak seribu dinar

Selepas pedagang itu bersedekah, beliau sekali lagi bermimpi berjumpa dengan Nabi Khidir dan Nabi Khidir mengajarkan pedagang itu beberapa ayat dalam surah at- Talaq dari ayat 2 hingga 3 untuk diamalkan. Selepas mendapat ajaran itu, pedagang itu mengamalkan ayat yang diterimanya itu.

Setelah beberapa ketika, pada suatu hari, pedagang tersebut pergi berdagang dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal, semasa sedang berlayar, kapal yang dinaikinya telah dilanda angin taufan yang sangat kuat. Pedagang itu hanya berserah kepada Allah dan cuba membacakan ayat seribu dinar itu.

Malang tidak berbau, akhir kapal tersebut telah pecah dipukul ombak, semua anak kapal dan penumpang mati, namun yang terselamat hanyalah pedagang itu. Pedagang itu telah terdampar di pantai setelah angin taufan itu reda, paling menghairankan pedagang itu terdampar di pantai bersama dengan barang dagangan yang tidak rosak sama sekali.

Pedagang itu menadahkan tangan dan mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T, beliau insaf dengan kejadian itu dan menyedari asbab mengamalkan ayat yang diajar oleh Nabi Khidir itu. Kemudian pedagang itu membuat keputusan untuk tinggal di negeri itu dan memulakan perdagangan di negeri yang baru didiami itu.

Pedagang itu terus mengamalkan ayat seribu dinar dan akhirnya pedagang itu telah dilantik menjadi raja di negeri itu. Itulah kuasa Allah yang mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Ayat 1000 Dinar Bacaan Arab dan Rumi

Mari kita sama-sama membaca ayat daripada surat at-Talaq ayat 2 hingga 3 ini.

10635883 1440102899564337 3401851513299401714 n

Sebutan dalam rumi bagi yang masih lemah membacanya dalam tulisan Arab:

Wamain Yataqilla Ha Yaj’allahu Makhroja..

Wayar Zuqhu Min Hai thula Yahtasib

Wamain Yatawakkal ‘Alallahi Fahua hasbuh

ARTIKEL LAIN  Bank Islam Online Banking : Cara Daftar dan Login Kali Pertama

Innallaha Balighul Amrih, Qadja’alallahu

Likulli Syain Qadraa..

Maksud ayat:

“dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya akan diberikan kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan ingatlah sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”

(Surah at-Talaq- Ayat 2 dan 3)

Kelebihan-Kelebihan Ayat 1000 Dinar

1. Dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka

2. Memperoleh jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan

3. Sentiasa mendapat perlindungan Allah dari segala musibah dan bencana contohnya peperangan, kezaliman dan kemusnahan alam

4. Sekiranya berperang, dengan Izin Allah tidak akan tercedera atau binasa melainkan ajalnya sudah sampai

5. Allah menunaikan segala hajat dan memberi jalan kemudahan dalam setiap urusan

Cara Mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Mari kita telusuri bagaimana untuk mengamalkan ayat seribu dinar ini serta memahami hakikat kebenaran amalan surah ini.

1. Berikutan ramai yang sudah tahu tentang kelebihan ayat seribu dinar ini, maka ramailah yang cuba menghafal dan mengamalkannya pada masa yang sesuai. Kebiasaanya dibaca ketika selepas solat dan semasa berdepan dengan masalah hidup.

2. Perbuatan yang hanya menampal ayat seribu dinar pada dinding premis perniagaan dan dalam masa yang sama tidak menunaikan solat dan selalu tidak jujur dalam perniagaan. Ini bukanlah kaifiat sebenar ayat seribu dinar. dan bukan itu caranya.

3. Nak menampal pada dinding premis perniagaan tidak salah, cumanya itu hanya sekadar usaha untuk bertawakal dan peringatan kepada kita dan pelanggan muslim untuk membacanya. Setelah melihat papan ayat seribu dinar, maka bacalah dengan penuh penghayatan. Selebihnya kita bertawakal dan bertakwa kepada Allah. Begitulah cara yang sebenar mengamalkan ayat seribu dinar.

4. Beramallah dengan ayat seribu dinar kerana ianya adalah ikhtiar sewaktu kita berada dalam kesusahan serta dalam keadaan darurat. Kadangkala kita alpa dan terlupa. Sebaiknya dihafal ayat seribu dinar ini untuk mudah dibaca pada bila-bila masa sahaja.

5. Kelebihan ayat seribu dinar meliputi tetang kecukupan rezeki, mendapat rezeki yang melimpah ruah, perlindungan diri dari musibah serta godaan syaitan, jin dan iblis.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • Logo01.20221 600x600.png
    Senarai Foodpanda Voucher Terkini Bulan November 2022
    November 21, 2022 0
  • slip gaji
    ePenyata Gaji Semakan Gaji Penjawat Awam 2022 …
    October 26, 2022 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    May 23, 2020 2
  • 316244523 589873376481090 1244275979299232489 n
    Bantuan Sara Hidup 2023, Semakan dan Cara …
    November 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)