BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

mySALAM 2023 Cara Permohonan Tuntutan Penyakit Kritikal dan Hospitalisasi

Islah Ibrahim November 29, 2022

Makluman terkini mengenai permohonan mySalam 2023 untuk rujukan anda. Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Keluarga Malaysia dan B40 anda layak untuk membuat permohonan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySALAM).

Berita baik! Skim mySalam akan diteruskan dalam siri pembentangan bajet 2023 yang lalu. Menteri Kewangan Dato Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim mySalam itu akan diteruskan dengan membuka kepada syarikat insurans dan takaful. Ini adalah usaha untuk memperluaskan lagi mySalam kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bantuan ini termasuk untuk 500,000 individu yang telah menerima pampasan disebabkan Covid-19 dengan nilai secara keseluruhan berjumlah RM330 Juta kepada 1.5 Juta individu B40.

Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan lagi skim ini kepada golongan M40 supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

Pengenalan mySALAM

mySALAM adalah sebuah inisiatif dari kerajaan Malaysia yang menyediakan skim takaful perlindungan kesihatan percuma dalam bentuk perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima melalui Tabung Amanah mySalam.

Siapa Yang Layak Menerima mySalam 2023

Mereka yang layak untuk menerima mySalam adalah individu yang merupakan penerima bantuan khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH) ,Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Untuk syarat kelayakan mySALAM akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam melalui kiriman SMS ke nombor telefon penerima yang aktif.

mysalam 2023
mySALAM 2023 Cara Permohonan Tuntutan Penyakit Kritikal dan Hospitalisasi 2

Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat ini menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma untuk penerima yang layak dengan menyediakan perlindungan untuk 45 jenis penyakit kritikal dalam jadual yang dikongsikan dibawah artikel ini.

Skim ini berperanan untuk membantu penerima untuk menjalani proses rawatan hospital yang memungkinkan akan menjejaskan pendapatan isi rumah bagi yang sedang bekerja. Peruntukan sebanyak 2 bilion ini akan memberi faedah kepada 4.3 juta individu dari kalangan B40 dan juga M40.

Jenis Perlindungan dan Bantuan Yang Disediakan oleh mySalam 2023

Dalam Skim Perlindungan Nasional B40, bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

1. Akan menerima bayaran sehingga had maksimum RM8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang akan diumumkan

2. Akan menerima bayaran harian untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada nilai RM50 sehari atau RM700 setahun. Ia adalah sebagai satu bentuk pendapatan gantian (income replacement) semasa dalam rawatan hospital.

Skim ini menawarkan perlindungan perubatan selama 5 tahun kepada penerima dan dianggarkan mampu dicapai untuk kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran ini adalah melibatkan individu dalam kalangan B40 dari umumr 18 tahun sehingga 55 tahun dimana ianya terdiri daripada 3.8 juta individu.

Cara Pendaftaran mySalam 2023

Berikut adalah kaedah bagaimana penerima bantuan boleh membuat tuntutan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

NOLANGKAH-LANGKAH TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL
1Sila layari pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/ kemudian log masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan serta kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS

(ataupun kata laluan yang telah anda kemaskini sendiri)
2Sila klik ‘Muaturun Borang’ dan Muat Turun borang ‘Penyakit Kritikal’ -kenyataan Doktor berdasarkan jenis penyakit kritikal
3Sila dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal’ -dalam bentuk Kenyataan Doktor
4Sila Log Masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’ kemudian seterusnya ikon ‘Penghantaran Tuntuan’ kemudian scroll ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’
5Sila masukkan maklumat yang diminta dan klik butang ‘Muat Naik’ untuk memuatnaik borang tersebut hendaklah dalam format *pdf atau *jpeg

a) Borang Penyakit Kritikal-Kenyataan Doktor
b) Softcopy Salinan dokumen pengenalan, sepeti Kad Pengenaan (gambar depan dan belakang)
6Akhir sekali klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan

Ini pula adalah kaedah membuat tuntuan untuk Hospitalisasi:

NOLANGKAH-LANGKAH TUNTUTAN HOSPITALISASI
1Layari www.mysalam.com.my dan Log Masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan serta Kata Laluan yang akan dihantar melalui SMS telefon anda
2Klik ikon ‘Tuntutan’ kemudian klik ikon ‘Penghantaran Tuntutan. Skroll ke bawah dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi
3Sila masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat Naik’ . Sila muat naik dokumen dalam bentuk format *pdf atau *jpeg

a) Sediakan salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan contohnya Kad Pengenalan (gambar depan belakang)

45 Jenis Senarai Penyakit Kritikal Yang Mendapat Perlindungan

1. Penyakit Alzheimer/Gangguan kemerosotan otak organik tidak boleh pulih2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan lain untuk penyakit arteri Koronari utama3. Pembedahan pintasan utnuk penyakit Arteri Koronari
4. Kepekakan/hilang pendengaran menyeluruh dan tidak boleh pulih5. Kegagalan buah pinggang-dialisis atau pemindahan buah pinggang6. Lupus Eritematosus Sistematik dengan Lupus Netritis (SLE)
7. Meningitis Bakteria8. Tumor otak benigna9. Buta/hilang penglihatan sepenuhnya
10. Pembedahan otak11. Kanser12. Kardiomiopati teruk
13. Anemia aplasia kronik14. Koma15. Ensefalitis/encephalitis
16. Kegagalan hati tahap akhir17. Sakit Paru-Paru18. Aids peringkat teruk
19. Hepatitis Virus Fulminan20. Serangan jantung21. Pembedahan Injap jantung
22. HIV akibat transfusi darah23. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)24. Hilang pertuturan
25. Trauma kepala utama26. Pemindahan organ utama/sum27. Penyakit Neuron Motor
28. Sklerosis berbilang29. Distrofi Otot30. Kelumpuhan/Paraplegia
31. Penyakit Parkinson32. Hipertensi arteri pulmonari primer33. Penyakit arteri koronari lain yang serius
34. Strok35. Pembedahan Aorta36. Pelecuran tahap ketiga
37. Penyakit creutzfeldt-jakob (sakit lembu gila)38. Elefantiasis (sakit untut)39. Keradangan pankreas berulang dan kronik
40. Skleroderma progresif41. Poliomielitis42. Sindrom Apallic (keadaan vegetatif berterusan)
43. Penyakit sistik medular44. Penyakit Terminal (membawa maut)45. Virus kurang daya tahan manusia (HIV) yang dijangkiti melalui pekerjaan

Langkah yang diambil kerajaan dengan mewujudkan skim mySalam ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran. Walaupun sebilangan besar golongan B40 ini tidak berkemampuan untuk mendapat skim perlindungan kesihatan, namun inisiatif ini dapat membantu sebilangan besar rakyat Malaysia.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)
    Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur …
    July 11, 2016 1
  • mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg
    Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya …
    November 23, 2015 1
  • petua bibir pink.jpg
    Petua Buat Bibir Pink Semulajadi
    April 19, 2016 0
  • 1360181
    Niat Mandi Wajib (Keluar air mani atau …
    December 16, 2022 0
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px
    Doa Makan, Selepas Makan Dan Jika Terlupa …
    December 17, 2022 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)