Anda penjawat awam atau kakitangan kerajaan? kini anda boleh semak ePenyata Gaji Penjawat Awam anda hanya secara online sahaja. Kerajaan Malaysia telah menyediakan kemudahan ini untuk semua kakitangan awam tanpa perlu berurusan di mana-mana kaunter secara luar talian. Anda boleh layari ke laman rasmi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM).
Para penjawat awam boleh dapatkan akses ini secara percuma dan dapat melihat penyata ini secara bulanan. Anda boleh melihat penyata ini kebiasaanya sehari sebelum tarikh pembayaran gaji.
Laporan yang anda boleh lihat adalah e Pay Slip Gaji Bulanan untuk tempoh 18 bulan dan juga penyata pendapatan tahunan. Akses yang boleh dilihat untuk pendapatan tahunan adalah bagi tempoh 7 tahun terkini. Selepas cukup 7 tahun, maklumat dalam sistem akan dikeluarkan secara automatik.
Kakitangan awam digalakkan memuaturun lebih awal dan menyimpannya dalam simpanan sendiri. Ianya penting untuk kegunaan dimasa akan datang.

Cara Dapatkan ePenyata Gaji & Semakan Penyata Gaji Online
Berikut adalah kaedah bagaimana untuk membuat pendaftaran dan semakan untuk rujukan para kakitangan awam.
1. Cara Pendaftaran Untuk Pengguna Baru ePenyata Gaji
Jika anda kali pertama untuk menggunakan sistem ini, anda perlu membuat pendaftaran dahulu sebelum boleh mendapat akses laporan gaji anda.
- Sila klik pada butang “Pertama Kali Mendaftar” dan lakukan pendaftaran
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik “OK”
- Selepas selesai membuat pendaftaran sebagai pengguna baru, anda akan melihat pendaftaran anda ‘Berjaya’ pada paparan.
- Kini anda boleh terus “Daftar Masuk” untuk login ke sistem.
2. Buat Semakan ePenyata Gaji Penjawat Awam
Anda boleh login ke sistem untuk membuat semakan slip gaji anda. Kebiasaanya untuk login ke sistem, anda akan diminta mengisi beberapa maklumat untuk pengesahan seperti No. Kad Pengenalan/ No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan akan ditanya soalan keselamatan
- Layari laman Portal ANM
- Pergi ke bahagian Sistem e-Penyata dan Laporan
- Isikan maklumat No. Kad Pengenalan Anda serta Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Selepas berjaya masuk, pada ‘dashboard’ anda boleh melihat maklumat seperti nama, no. gaji dan beberapa maklumat lain.
- Anda boleh memuaturun penyata bualan dan penyata pendapatan tahunan, sila klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata”
Masalah Lupa Kata Laluan
Bagaimana sekiranya seorang kakitangan awam itu terlupa kata laluan, atau isu No. Akaun epenyata gaji anda tidak ada dalam sistem ANM?
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini:
- Anda bpleh cuba sekali lagi dengan cara klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’ dan sila ikuti arahan dengan mengisi No. Kad Pengenalan dan No. Gaji.
- Anda akan diberikan pilihan memilih soalan keselamatan, pilih dan isikan jawapan untuk dapatkan kembali kata laluan yang asal. Sekiranya anda lupa, tekan ‘Reset Kata Laluan’ Anda akan menerima kata laluan sementara yang akan dihantar melalui emel atau sms yang anda telah daftar sebelum ini.
Anda boleh login ke sistem menggunakan kata laluan sementara selama 3 hari sahaja, anda mesti menukar kata laluan sementara tersebut kepada kata laluan yang baharu.

Membuat Semakan ePenyata Gaji Melalui Aplikasi JANM Penjawat Awam
Selain laman portal ANM, kakitangan awam juga boleh menyemak penyata gaji melalui aplikasi JANM secara mobile. Sistem ini disediakan oleh eSPGL dimana ianya terdapat 4 fungsi ringkas untuk kegunaan penjawat awam persekutuan:
a) Boleh muat turun penyata gaji bulanan serta tahunan
b) Boleh kemaskini profile pengguna ( maklumat emel dan no telefon sahaja)
c) Anda boleh memberikan maklumbalas kepada pihak JANM berkenaan sistem dan maklumat
d) Mengeluarkan penyata bulanan gaji untuk tujuan pinjaman bank
NOTA PENTING: Para pengguna yang menggunakan aplikasi ini perlulah menyediakan peranti anda dengan perisian PDF READER untuk memudahkan anda membaca fail yang telah dimuaturun.
Muaturun aplkasi JANM ini boleh dilakukan menerima pautan dibawah:
Semoga info yang diberikan ini dapat memberikan manfaat buat semua khususnya buat penjawat awam di Malaysia ini. Semoga anda dapat jawapan di dalam artikel ini mengenai ePenyata Gaji buat penjawat awam. Sila kongsikan artikel ini jika bermanfaat.
No Responses