BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP

ammar

“Gadis Melayu dipeluk, dicium penyanyi KPOP”, itulah antara tajuk pan@s yang pernah berada didada akhbar dan tajuk utama blog-blog dan portal berita pada tahun 2015.

Kedatangan bintang KPOP dari Korea Selatan itu secara jelas telah memberikan imej buruk buat Malaysia yang terkenal dengan pelbagai budaya dan adat kesopanan dan kesusilaan ini.

Walaupun ianya telah berlaku 4 tahun lepas tetapi diantara kita pasti masih ingat tragedi yang melanda negara kita ini. Gadis Melayu bertudung litup dengan rela dipeluk dan dicium di atas pentas oleh bintang KPOP dari Korea Selatan. Ini adalah salah satu pencabulan kesucian seorang wanita khususnya wanita Melayu Islam.

Tidak hairanlah jika ada artis tempatan berasa tidak sengan dengan kehadiran penyanyi dari Korea Selatan.

Baru-baru ini penyanyi lagenda tanah air iaitu Awie Wings meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membawa salah satu kumpulan ‘terpan@s’ dari Korea Selatan, Bangtan Boys – atau BTS – akan datang membuat persembahan di sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Baca SINI–> “Inilah Menteri Yang Nak Jahanamkan Artis-artis Tempatan!” – Awie Sayap

Setelah viral mengenai kontroversi itu, Menteri Belia dan Sukan sekali lagi membuat kenyataan balas, BACA SINI–> “Kita mesti berani berfikir di luar kotak” – Syed Saddiq

Namun, walau apapun alasan yang diberikan oleh pihak yang menyokong atau yang mengkritik kita juga perlu memikirkan kesan yang bakal terjadi jika datangnya kumpulan KPOP ini ke Malaysia nanti.

Jika menteri nekad untuk membawa masuk kumpulan BTS ke Malaysia, perlu ada syarat yang dikenakan supaya boleh menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia.

ARTIKEL LAIN  Inilah Sebabnya Zulkifli Bakal Digantung Sampai Mati?

Seharusnya perkara buruk yang lepas tidak berulang lagi. Malu untuk kita menonton video ini lagi…

Kedatangan kumpulan KPOP B1A4 yang membuat persembahan di Kuala Lumpur sebelum ini ternyata ‘mengejutkan’ banyak pihak.

Video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis KPOP berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut ternyata mengundang kritikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan ‘adegan’ tersebut.

Kumpulan KPOP tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur pada tahun awal tahun 2015.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sakit
    Patutlah Budak Sekolah Ni Beria-ria Pukul Mak …
    September 27, 2017 1
  • kanser lambung.jpg
    Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini …
    January 13, 2016 1
  • wang tak dituntut
    BERITA BAIK! Kerajaan Umum Lancarkan Sistem Semakan …
    March 27, 2018 2
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1
  • bergaduh di tol
    Lelaki Bertumbuk di Tol Rayu Bantuan Kewangan …
    September 20, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)