BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kahwini Wanita Berusia, Bukti Anda Seorang Lelaki Power

ammar

Rezeki, ajal, jodoh, pertemuan adalah ketentuan dari Tuhan. Setiap manusia hanya mampu merancang tetapi akhirnya Tuhan juga akan menentukan nasib manusia.

Begitu juga dengan jodoh. Jodoh adalah ketentuan oleh Tuhan. Ada mereka menemui jodoh umur yang sebaya, ada juga suami lebih tua dari isteri dan ada juga isteri lebih tua dari suami.

Kita sebagai manusia haruslah menerima jodoh dengan redha dan penuh kesyukuran. Mungkin di luar sana masih ramai lagi manusia yang tidak menemui jodoh. Anda adalah insan yang bertuah kerana telah menemui jodoh.

Dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai kelebihan seorang lelaki yang mengahwini wanita yang lebih berusia.

wanita berusia

Kelebihan Kahwini Isteri Lebih Berusia

1. Bersifat Keibuan

Lelaki selepas kahwin selalunya inginkan anak cepat-cepat. Tetapi kebanyakan isteri muda tidak bersedia timang anak awal-awal kerana takut badan tidak cantik lepas bersalin, atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama.

2. Lebih Memahami Naluri Lelaki

Mungkin wanita berusia berpengalaman apabila bersama dengan lelaki. Justeru, dia mungkin tahu yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya.

3. Lebih Matang dan Berpengalaman

Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat. Pernah anda lihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk di shopping complex?

4. Menumpang Kestabilan Ekonomi

Sambil menyelam minum air. Apabila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki itu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi.

ARTIKEL LAIN  Kisah Cinta Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan Yang Buat Ramai Cair

5. Tidak Kuat Merajuk

Dikatakan wanita muda kuat merajuk dan kadang-kadang terlalu lebih. Jarang bagi wanita yang berusia.

Nota Kaki: Kepada wanita yang belum menemui jodoh janganlah berasa sedih. Mungkin jodoh anda masih lagi mengambil SPM tahun ini. Sabar dan terus bersabar. Pasti tiba masanya nanti. Jodoh pasti datang.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pembayaran i citra
    Tarikh Bayaran i-Citra Untuk Ogos dan Ini …
    August 3, 2021 0
  • gaji jururawat masyarakat gred u19.png
    GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM
    November 9, 2015 1
  • bank mana bagi loan senang
    BANK MANA BAGI LOAN SENANG?
    August 19, 2014 26
  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0
  • PRU15 1
    Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari …
    November 1, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)