BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kisah Sebenar Samseng Baju Merah Tendang Peserta Konvoi Bersih

ammar

Samseng Baju MerahKisah Sebenar Samseng Baju Merah Tendang Peserta Konvoi Bersih

Berikutan viralnya kisah peserta konvoi baju kuning ditendang samseng baju merah pelbagai versi cerita muncul di internet.

Antara versi ceritanya adalah di sini–> Melutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki Yang Ditendangnya Adalah Anggota Polis

Mungkin ramai ada yang percaya sebenarnya lelaki yang ditendang itu adalah seorang polis tetapi polis sendiri menyangkal dakwaan tersebut.

Yang sebenar-benarnya lelaki yang ditendang oleh budak berbaju merah itu adalah seorang penjaga stor. Sungguh banyak versi cerita atau andaian yang ada di internet.

Mungkin gambar lelaki yang berpakaian uniform polis hanya sekadar gambar biasa-biasa atau suka-suka dan bukannya uniform polis miliknya. Sungguh cepat masyarakat kita membuat andaian.

Sebelum itu mari kita baca berita penuh yang dikeluarkan dari Sinar Harian ini.ditendang samseng baju merah

Baca laporan penuh…

SHAH ALAM – Dakwaan yang mengatakan bahawa seorang peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh ahli Baju Merah baru-baru ini merupakan anggota polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menafikan perkara tersebut malah beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan seorang penjaga stor di sebuah agensi kerajaan.

“Siasatan masih dijalankan buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, beberapa laman sosial dan portal mendakwa bahawa lelaki yang ditendang kumpulan baju merah dalam siri konvoi Bersih 5 baru-baru ini merupakan seorang anggota polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi telah diserang dan ditendang oleh kumpulan baju merah ketika konvoi berkenaan yang berlangsung Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abdul Samah memaklumkan bahawa bagi kes tersebut, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL LAIN  Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Serentak Angkara Kes Bunuh?

Kesimpulan

Kesimpulannya dalam kes ni kita jangan cepat percaya dengan kisah viral di internet yang belum tentu lagi kesahihannya. Baca boleh tapi percaya jangan. Kaji dulu sebelum percaya sepenuhnya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1
  • hafiz
    Dulu Limousine, Sekarang Kapal Mewah Lelaki Ini …
    January 16, 2017 2
  • pelawak terkenal
    Pelawak Terkenal Ditahan Polis
    June 27, 2019 0
  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12
  • guru rotan
    Ibu Pelajar Dirotan Guru Tarik Balik Laporan, …
    June 26, 2019 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)