BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Menurut Kajian Cuci Pinggan Dapat Hilangkan Rasa Stress

ammar

Melihat longgokan pinggan mangkuk yang tidak dicuci seringkali membuatkan ramai suri rumah atau si isteri merasa stress. Tahap stress itu mungkin akan lagi meningkat apabila si isteri memiliki si suami yang tidak reti mencuci pinggan sendiri.

Keadaan sedemikian juga seringkali berlaku kepada wanita-wanita lain yang mempunyai adik beradik lelaki.

Tahukah anda bahawa majoriti orang lelaki adalah “PEMALAS” untuk mencuci pinggan sendiri selepas makan?

Fakta ini jelas dan terang apabila anda melihat situasi masyarakat di Malaysia tidak kira apa sahaja bangsa. Melayu, Cina dan India sama sahaja!

Namun, tahukah anda satu kajian telah dijalankan dan menunjukan bahawa cuci pinggan dapat hilangkan rasa stress?

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Mindfulness 2015 menemui cara berkesan untuk melegakan tekanan iaitu dengan mencuci pinggan.

Menurut kajian terbabit, selain daripada berangan atau termenung, memfokus kepada aktiviti mencuci pinggan dapat melawan tekanan kerana tumpuan kita diberikan sepenuhnya kepada rasa makanan, suhu air dan bau sabun.

Kajian itu juga merumuskan bahawa dengan memberi tumpuan pada satu masa membolehkan kehadiran kesedaran yang lengkap, dan ini meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan rasa gelisah dan melawan tekanan.

Jadi, kepada suami-suami atau lelaki yang kehidupannya agak stress bolehlah cuba dengan terapi mencuci pinggan ini. Mana tahu dengan usaha rajin anda mencuci pinggan sendiri selepas makan dapat melegakan stress anda. Bukan itu sahaja, isteri anda juga turut hilang stress apabila melihat kerajinan anda mencuci pinggan.

ARTIKEL LAIN  Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya Dari Freemason
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Xplorasi Destinasi

    Nampak macam ada betulnya kat situ. Sambil cuci pinggan, boleh peratikan dekat air paip yang mengalir tu… rasa tenang jer

    January 9, 2019

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • sultan selangor
    Bila Tarikh Bubar DUN Selangor Untuk Pilihan …
    June 19, 2023 0
  • laman web jual produk kesihatan
    5 Laman Web Membeli Belah Produk Kesihatan …
    September 1, 2018 0
  • syarat pinjaman peribadi bank islam terkini
    SYARAT PINJAMAN PERIBADI BANK ISLAM TERKINI
    July 27, 2016 1
  • pure white background 85a2a7fd 13
    Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am …
    November 28, 2022 0
  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)