BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pelajar Korea Selatan Terlepas Hukuman Gantung Kerana Polis Menipu

ammar

Cepat atau lambat kebenaran pasti akan terbongkar jua akhirnya. Itulah nasib yang diterima oleh seorang pelajar dari Korea Selatan ini.

Kim Yun Soung yang didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dilepaskan dan dibebaskan oleh Hakim Abu Bakar Jais selepas saksi utama kes itu mengaku berbohong ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari ketiga, Jumaat lalu.

Seorang pelajar dari Korea Selatan berusia 20 tahun itu terselamat daripada hukuman gantung sampai mati setelah Mahkamah Tinggi Seremban di sini melepaskan dan membebaskan dia daripada dakwaan mengedar ganja seberat 219gram.

Peguam tersebut berkata “Dia (polis) berbohong. Ianya terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu kami akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami mempunyai bukti yang dia telah menipu. Kami mahu lihat sama ada dia mahu mengaku ataupun tidak”.

pelajar korea

Peguam telah berkali-kali menyoal inspektor itu sama ada terdapat individu lain selain pasukan serbuan pada malam tersebut. 

Inspektor berkenaan masih berbohong sehinggalah peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang jelas memaparkan terdapat individu lain dalam keadaan bergari dalam serbuan tersebut.

Hakim Abu Bakar Jais kemudian memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak pendakwa raya juga terpaksa menggugurkan kes.

“Selepas mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh” kata hakim Abu Bakar lagi.

ARTIKEL LAIN  Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya Dari Freemason
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • suspek buruan polis
    Suspek Buruan Polis 6 Minggu “Bersembunyi” Jadi …
    August 16, 2018 0
  • kucing berak merata
    Kucing Jiran Berak Merata, Boleh Didenda Sehingga …
    May 14, 2024 0
  • Kes Cabul Datuk Kazim Elias
    Polis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di …
    December 28, 2016 1
  • orang kelantan
    Lelaki di Kelantan dan Terengganu Paling Pendek …
    February 27, 2019 0
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)