BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ranking Universiti Awam di Malaysia 2022 Terkini (Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2022/2023)

Islah Ibrahim

Bagi yang tertanya-tanya, universiti manakah yang terbaik di Malaysia ketika ini, sehingga kini Universiti Malaya (UM) adalah universiti terbaik di Malaysia dan menduduki ranking ke 65 dalam dunia. Ranking Universiti Awam di Malaysia ini telah dikeluarkan oleh Laporan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022.

Disini dikongsikan kepada anda ranking senarai universiti terbaik di Malaysia terkini yang termasuk dalam rankin Asia tahun 2022 dan tersenarai juga dalam ranking dunia 2023 bagi 30 universiti awam/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

Merujuk kepada senarai terkini ranking Universiti Awam/IPTS Terbaik di Malaysia terkini 2023, sebanyak 8 buah IPT Malaysia telah termasuk dalam senarai ini yang didahului Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kedua universiti ini telah termasuk dalam kelompok 400 universtiti terbaik dunia. Paling membanggakan buat rakyat Malaysia, Universiti Malaya berada didepan dalam 100 universiti terbaik di dunia.

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023

ranking universiti awam di malaysia
Ranking Universiti Awam di Malaysia

Ini adalah senarai Universiti Terbaik Malaysia 2023 yang melibatkan 30 buah Universiti Awam dan Universiti Swasta di Malaysia, kedudukan ini adalah berdasarkan Asia dan Dunia hasil daripada penilaian oleh QS Universiti Rankings: Asia 2022 dan QS World Universiti Rankings 2023. Dalam perkongsian ranking universiti awam di Malaysia ini, universiti swasta turut tersenarai.

Penilaian QS ini berpangkalan di United Kingdom yang berperanan membuat penarafan di peringkat serantau dan dunia. Indikator yang diukur adalah seperti berikut:

  1. Reputasi/Nama baik Akademik
  2. Reputasi Dari Majikan
  3. Nisbah Pelajar kepada fakulti
  4. Usaha penerbitan dan hasil kajian setiap fakulti universiti tersebut
  5. Sitasi penerbitan
  6. Berapa nisbah fakulti antarabangsa
  7. Berapa nisbah pelajar antarabangsa

Ranking Universiti Awam di Malaysia 2023 (Senarai Universiti Terbaik Malaysia)

Ranking 1-10

RANKING MALAYSIANAMA UNIVERSITIRANKING ASIA 2021 (2022)RANKING DUNIA 2023 (2022)
1Universiti Malaya (UM)9 (8)70 (65)
2Universiti Putra Malaysia (UPM)28 (27)123 (143)
3Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)35 (33)129 (144)
4Universiti Sains Malaysia (USM)34 (35)143 (147)
5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)39 (38)203 (191)
6Taylor”s University89 (53)284 (332)
7USCI University105 (77)284 (347)
8Universiti Teknologi Petronas (UTP)70 (72)361 (414)
9Universiti Utara Malaysia (UUM)107 (98)481 ( 511-520)
10Management And Science University (MSU)139 (147)601-650 (601-650)
Ranking Universiti Awam Di Malaysia

Ranking 11-20

ARTIKEL LAIN  CONTOH SURAT RASMI BERHENTI KERJA MUDAH
RANKING MALAYSIANAMA UNIVERSITIRANKING ASIA 2021 (2022)RANKING DUNIA 2023 (2022)
11Sunway University172 (121)601-650 (651-700)
12Universiti Teknologi Mara (UiTM)108 (105)651-700 (651-700)
13International Islamic University Malaysia (IIUM)123 (123)651-700 (651-700)
14Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)168 (144)701-750 (751-800)
15Universiti Malaysia Pahang (UMP)133 ( 129)801-1000 (801-1000)
16Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)207 (251-260)801-1000 (801-1000)
17Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)281-290 (205)801-1000 (-)
18Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)157 (167)801-1000 (801-1000)
19Multimedia University190 (189)1001-1200 (1001-1200)
20Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)291-300 (301-350)1001-1200 (801-1000)
Ranking University Awam di Malaysia

Ranking 21-30

RANKING MALAYSIANAMA UNIVERSITIRANKING ASIA 2021 (2022)RANKING DUNIA 2023 (2022)
21Universiti Malaysia Sabah (UMS)251-260 (227)1001-1200 (1001-1200)
22Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)210 (227)1001-1200 (801-1000)
23Universiti Malaysia Terengganu195 (167 )1001-1200 (1001-1200)
24Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)291-300 (247)1001-1200 (-)
25SEGI University291-300 (301-350)
26LIMKOKWING University Of Creative Technology351-400 (401-450)
27Universiti Teknikal Malaysia Melaka401-450 (401-450)
28Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)451-500 (501-550)
29Universiti Sains Islam Malaysia501-550 (501-550)
30Universiti Malaysia Kelantan551-600 (551-600)
Ranking Universiti Awam di Malaysia

Sumber dari : QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS

(Ranking Universiti Awam di Malaysia)

Ranking ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

The Times Higher Education World Universiti Rankings 2023

Badan THE ini merupakan pengukur yang telah diawasi dengan teliti dalam usaha perubahan inovasi global dan ekonomi pengetahuan, ia juga berperanan untuk menyokong penggubalan dasar kerajaan dan keputusan strategik seorang pemimpin universiti. THE juga mengukur dari segi sokongan berjuta-juta pelajar mudah alih di peringkat antarabangsa untuk memutuskan siapa yang paling dipercayai terhadap pendidikan mereka.

Pada 12 Oktober, Times Higher Education World University Rankings telah menerbitkan laporan pada edisi ke -19 di mana menunjukkan terdapat pengurangan universiti Amerika Syarikat dalam senarai 100 universiti terbaik di dunia, manakala negara-negara Asia yang melibatkan China serta universiti dari Timur Tengah menunjukkan peningkatan dari segi trend.

Manakala The world Universiti Rankings diukur berdasarkan 13 metrik prestasi yang dikira secara berasingan. Ianya meliputi rangkaian penuh misi teras universiti penyelidikan berfokus antarabangsa, aktiviti pengajaran penyelidikan, pemindahan pengetahuan (transfer knowledge) serta pandangan antarabangsa.

Edisi tahun 2023 badan ini adalah berdasarkan analisis lebih 15.5 juta penyelidikan penerbitan dan lebih 112 juta petikan untuk penerbitan ini. Turut dilakukan adalah proses tinjauan lebih daripada 40,000 ahli akademik dari seluruh dunia mengenai reputasi akademik antarabangsa setiap sekolah. Data tentang pendapatan universiti , demografi fakulti, pengambilan bakat antarabangsa dan kerjasama penyelidikan turut termasuk dalam proses analisa ini. Ranking universiti awam di Malaysia turut termasuk dalam proses analisa ini.

Senarai 10 Universiti Terbaik Di Asia Merujuk Times Higher Education World University Rankings 2023

1.Tsinghua University (China)

2. Peking University (China)

3. National University Of Singapore (Singapura)

4. University Of Hong Kong (Hong Kong)

5. Nanyang Technological University, Singapore (Singapura)

6. The University Of Tokyo (Jepun)

7. Chinese University Of Hong Kong (Hong Kong)

8. Fudan University (China)

9. Shanghai Jiao Tong University (China)

10. Seoul National University (Korea Selatan).

Ini adalah tambahan informasi untuk mengetahui bagaimana ranking universiti awam di Malaysia di ukur oleh badan-badan berprestij dalam menganalisa reputasi setiap universiti.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • maybank2u-tabung-haji.jpg
    Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung …
    May 22, 2016 1
  • Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018 0
  • Gambar Muslim Sedang Berdoa
    Niat ,Cara Solat Tahajjud Dan Doa Tahajud
    November 23, 2022 0
  • Gambar-Proses-Mencabut-Kutu-Sengkenit-Di-Kepala-Ular
    Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala …
    July 28, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)