BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas Polis Mengikut Pangkat

Islah Ibrahim
pangkat polis

Sebelum ini, kami telah kongsikan bagaimana untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia melalui e-Pengambilan. Sekarang join kita ketahui tentang senarai pangkat polis PDRM dan Gred disini.

Pekerjaan menjadi anggota Polis adalah salah tugas badan beruniform di Malaysia termasuk badan yang lain iaitu Bomba, Kastam,Pertahanan Awam dan beberapa lagi. Perkongsian kali ini akan fokus kepada tingkatan-tingkatan pangkat polis bermula dari pangkat tertinggi hingga terendah yang boleh menjadi rujukan anda.

Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi anggota polis boleh membuat permohonan seperti yang telah dikongsikan dalam topik e-pengambilan.

Senarai Pangkat Polis PDRM

Menjadi seorang anggota Polis adalah pekerjaan yang menjadi kebanyakan cita-cita anda semasa kecil dahulu. Ia ternyata adalah sebuah pekerjaan idaman buat seseorang kerana minat untuk menjadi salah seorang yang melindungi keselamatan negara dan masyarakat.

Berikut adalah tingkatan pangkat yang terbahagi kepada dua kategori berikut:

KATEGORIJAWATAN
Kumpulan Pegawai Kanan PolisInspektor sehingga General Polis
Kumpulan Pegawai Rendah PolisAnggota Biasa dan Konstabel

Pangkat-Pangkat Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Yang Telah Dirujuk Melalui Portal Rasmi PDRM

PangkatJawatan
A) Pemerintah Tertinggi PDRM1. Ketua Polis Negara (IGP): Inspector General Of Police

2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP): Deputy Inspector General Of Police
B) Pegawai-Pegawai Kanan Polis1. Pesuruhjaya Polis (CP): Commissioner Of Police
2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP): Deputy Commisioner Of Police
3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP): Senior Asistant Commisioner Of Police
4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP): Asistant Commisioner Of Police
5. Penguasa Polis (SP): Superintendant Of Police
6. Timbalan Penguasa Polis (DSP): Deputy Superintendant Of Police
7. Penolong Penguasa Polis (ASP): Asistant Superintendant Of Police
8. Inspektor Polis (INSP) Inspector Of Police
9. Inspector Percubaan Polis (P/INSP): Probationary Inspector Of Police
C) Pegawai Rendah Polis1. Sub Inspektor Polis (S/INSP): Sub Inspector Of Police
2. Sarjan Mejar (SJN/M): Police Sergeant Major
3. Sarjan (SJN): Police sergeant
4. Koperal (KPL): Police Corporal
5. Lans Koperal (L/KPL): Police Lance Corporal
6. Konstable (KONST): Police Constable

Tugas-Tugas Seorang Pegawai Polis

Dalam Akta Polis yang merujuk kepada Seksyen 20, berikut adalah senarai tugas Polis yang menjadi tanggungjawab mereka:

  • Buat tangkapan semua orang yang telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap
  • Menjalankan proses risikan keselamatan
  • Membuat pendakwaan
  • Akan memberi bantuan dalam usaha melaksanakan undang-undang yang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan hal pendaftaran
  • Akan memberi bantuan dalam usaha mengekalkan ketenteraman di lokasi pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan
  • Akan melaksanakan saman,sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak yang berkuasa yang mempunyai kompeten
  • Memaparkan maklumat
  • Akan melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan bertugas mencari pemiliknya
  • Akan menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam
  • Akan memberi bantuan dalam usaha melindungi nyawa dan harta
  • Berusaha melindungi harta awam daripada hilang atau rosak
  • Menghadiri sesi mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil dan menjaga ketenteraman didalamnya dan bertugar mengiringi dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.
ARTIKEL LAIN  Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak Keputusan SPM 2020

Jika anda ingin mengetahui tugas-tugas polis mengikut Gred, anda boleh rujuk kepada Perkara Tugas Mengikut Pangkat Disini :

Penerangan Kerja Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis

tugas-polisTugas Polis Mengikut Pangkat Polis

Kenapa PDRM Boleh Dipilih Sebagai Satu Kerjaya?

  1. Kerjaya sebagai seorang Polis dapat membentuk disiplin diri individu kerana pekerjaan ini sangat mementingkan disiplin dan peraturan.
  2. Disiplin yang telah diterapkan dalam latihan akan menghindarkan seseorang anggota polis itu daripada perbuatan yang melanggar undang-undang.

Banyak pilihan yang anda boleh pilih sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan Polis. Jika tadi telah dikongsikan senarai pangkat polis dan tugas polis mengikut pangkat.

Ini pula adalah cabang-cabang tugas Polis yang anda boleh tahu;

Di PDRM, anda boleh menyertai Pasukan Gerakan AM, Pasukan Komunikasi, Pasukan IT, Unit Berkuda, Unit Udara, Trafik, Pengangkutan, Unit Tindakan Khas, Cawangan Kereta Perisai, Persenjataan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Narkotik, Jabatan StaRT, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Unit Pengesan, Pancaragam dan Polis Pelancong.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi anggota polis, diharapkan perkongsian ini boleh memberi inspirasi kepada anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang berminat menjadi anggota Polis Diraja Malaysia.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 17739 NRF9QJ
    Tarikh Cuti Sekolah 2022/2023 Takwim dan Kalendar …
    November 4, 2022 0
  • Gambar-Proses-Mencabut-Kutu-Sengkenit-Di-Kepala-Ular
    Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala …
    July 28, 2015 1
  • prosedur pengambilan sampel darah vena1
    Hukum Ambil Darah Ketika Berpuasa: Derma Darah …
    November 16, 2022 0
  • pesanan terakhir steve jobs.jpg
    Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple
    December 18, 2015 1
  • pure white background 85a2a7fd 13
    Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am …
    November 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)