BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

(Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya Bukan Calang-Calang Orang

ammar

Siapakah Sebenarnya Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim?

Cantik, bijak dan penyayang itulah pakej lengkap yang dimiliki oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Dilahirkan pada 22 Mac 1973, di Ipoh, Perak, baginda merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Ayahnya adalah seorang peguam terkemuka Datuk Salim Davidson dan ibunya Datin Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin.

Tuanku Zara juga mempunyai darah Diraja dan baginda adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pendidikan Awal dan Tertinggi Tuanku Zara Salim

Baginda telah menamatkan pengajian awal di peringkat rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh.

Selepas tamat persekolahan, baginda mendaftar untuk mengikuti program A-Level di Kolej Prime, Kuala Lumpur.

Baginda lulus dengan kepujian kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Nottingham di Britain.

Pekerjaan Tuanku Zara Salim Sebelum Menjadi Permaisuri Perak

Apabila kembali dari Britain pada tahun 1995, Tuanku Zara berkhidmat di syarikat petroleum negara, Petronas selama enam tahun sebelum menyertai sebuah syarikat teknologi maklumat, Formis Malaysia Berhad.

Pada tahun 2005, Tuanku Zara telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.

Selain bahasa asing, baginda amat meminati bidang sukan, termasuk sukan lasak dan pernah mewakili Perak dalam acara renang ketika zaman persekolahannya serta mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah.Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim

Baginda berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Tuanku Zara Salim

Pada keesokan harinya, baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Puan Besar Perak, dan pada 20 Jun 2014, Raja Permaisuri Perak.

ARTIKEL LAIN  Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu Kita Kunjungi

Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Raja Nazira Safya.Tuanku Zara Salim dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah

Pada 9 Julai 2007, orkid hibrid ungu dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Zara Salim’ sempena lawatan baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ke-7.Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim

Pada 1 Januari 2012, baginda telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tuanku Zara Salim dan anaknya

Baginda juga merupakan penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.

Maklumat tambahan! Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat yang secara tidak lansung kini telah membuatkan Sultan Nazrin adalah sultan yang pertama memegang PHD di Malaysia. 

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu.jpg
    Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Terengganu
    November 18, 2015 0
  • Semakan Keputusan SPM 2023
    Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / …
    May 27, 2024 0
  • cara2520nak2520tahu2520rayban2520original1
    CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
    September 11, 2015 5
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0
  • Kos Yang Ditawarkan di UIA gombak
    Kursus Atau Kos Yang Ditawarkan di Universiti …
    June 8, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)