BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

CTOS Check Online Free : Semak Laporan Kredit Untuk Layak Buat Loan

Islah Ibrahim
CTOS CHECK

Semasa anda ingin memohon pinjaman untuk pembelian kereta atau rumah dari mana-mana institusi pinjaman, syarat wajib yang mesti dipenuhi ialah membuat semakan CTOS Check atau dapatkan laporan kredit anda terlebih dahulu.

Sebenarnya tak perlu untuk langgan mana-mana portal berbayar untuk dapatkan info CTOS anda, anda boleh dapatkan maklumat CTOS anda secara online dan percuma sahaja.

Tahniah, anda sudah berada dilaman yang tepat untuk dapatkan informasi bagaimana nak semak laporan CTOS anda secara online dan percuma disini.

Pengenalan CTOS dan CCRIS

CTOS adalah ringkasan perkataan daripada Credit Tip Off Service, sebuah sistem maklumat utama yang digunakan dengan meluas oleh semua sistem kewangan negara termasuk syarikat dan perdagangan dan perniagaan.

Berbeza dengan CCRIS, yang berada dibawah kelolaan Bank Negara Malaysia (BNM). CTOS adalah dimiliki oleh sebuah syarikat Malaysia dan sudah berada dalam pasaran perniagaan selama 20 tahun. Mereka berperanan mengumpulkan maklumat individu dan syarikat-syarikat dari pelbagai sumber yang disimpan dalam domain awam.

Setelah dikumpulkan dalam satu pangkalan data elektronik kepada satu bentuk format, ia kemudiannya akan menyediakan proses untuk membuat pemeriksaan dengan lebih mudah ,cepat dan berkesan untuk urusan berkaitan permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan. Hal ini digunakan oleh pihak pemberi kredit atau pemberi pinjaman untuk membuat keputusan kelulusan pinjaman.

Kepentingan Semakan CTOS

Sekiranya laporan CTOS anda baik dan cemerlang, potensi untuk permohonan pinjaman anda diluluskan adalah tinggi. Sekiranya laporan anda kurang baik atau pada kadar yang lemah, agak suka permohonan pinjaman anda diluluskan.

Proses ini agak rumit jika melibatkan pinjaman perumahan. Melalui semakan CTOS, anda berpeluang untuk mengetahui dimana bahagian yang kurang baik untuk anda memperbaiki semula bahagian itu untuk menjana laporan yang baik selepas ini.

ARTIKEL LAIN  Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk Elaun

Sekiranya laporan kredit anda kurang baik, ini bukanlah bermakna pihak CTOS dan CCRIS akan memasukkan nama anda dalam senarai blacklist yang boleh menghalang anda dari membuat pinjaman. Agensi ini hanya mengeluarkan laporan sahaja.

Cara Semak Laporan Kredit Percuma (CTOS Check Online Free)

Anda boleh dapatkan laporan kredit anda melalui MyCTOS. Laporan ini adalah maklumat kredit peribadi anda yang dikeluarkan oleh CTOS.

Anda boleh dapatkan laporan kredit secara percuma (Tanpa CCRIS dan Bacaan SKOR) iaitu Laporan Kredit Asas hanya secara online

Berikut adalah langkah-langkah sebagai permulaan untuk dapatkan Semakan Laporan kredit anda. CTOS Check Online Free disini :

NOLANGKAH-LANGKAH
1Daftar akaun

-Untuk menjana laporan kredit anda secara online, anda perlu membuat pendaftaran dan bina satu akaun di laman web CTOS

-Sila layari pautan laman web rasmi ini https://ctoscredit.com.my/ kemudian tekan butang ‘Daftar Sekarang’

-Masukkan No. Kad Pengenalan anda, emel anda dan pilih bahasa pilihan anda samada Melayu, Cina atau Inggeris
2Lengkapkan maklumat peribadi

– Sila isi maklumat peribadi anda serta lampirkan sekali gambar depan dan belakang MyKad anda untuk proses pengesahan butiran anda

-Daftarkan no telefon anda yang terkini atau yang sedang aktif digunakan untuk mendapatkan no TAC semasa proses pendaftaran
3Proses Pengesahan

-Setelah mengisikan maklumat, anda akan menerima satu emel pengesahan yang akan dihantar ke emel yang anda telah daftarkan, ia akan memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan

– Proses pengesahan kebiasaanya mengambil masa satu hari atau hari yang sama. Selepas disahkan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan akaun CTOS yang anda sudah daftar telah disahkan

– Anda akan menerima no Tac pada telefon pintar anda, anda akan diminta untuk memasukkan no TAC tersebut untuk melengkapkan pendaftaran anda

4Aktifkan ID pengguna

– Kebiasaanya, pihak CTOS mengambil masa selasa 3 jam waktu bekerja untuk membuat pengesahan butiran anda, kemudian anda akan menerima ID pengguna akaun CTOS pada portal CTOS untuk menjana laporan kredit anda

-Selepas selesai, anda juga akan menerima emel pengesahan dari CTOS yang memaklumkan ID Penggguna anda

-Selepas ID pengguna anda diterima, sila login dengan ID pengguna anda dan masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan

-Anda akan ditanya soalan keselamatan, sila pilih soalan keselamtan untuk pastikan akaun pengguna CTOS anda selamat dan tidak boleh diakses oleh pengguna lain.
5Anda boleh akses Laporan Kredit

– Setelah anda berjaya login ke akaun MyCtos , anda telah mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda

-Untuk kali pertama, anda akan menerima Laporan MyCTOS secara percuma yang akan dihantar melalui emel anda.

-Anda boleh login bila-bila masa sahaja untuk melihat laporan ini
Ctos Check

Selepas anda berjaya menerima Laporan Kredit anda, laporan MyCTOS anda itu akan mengandungi perkara berikut:

  • Pengesahan identiti
  • Maklumat perniagaan, pengarah serta pemilikan perniagaan
  • Maklumat tindakan undang-undang, status kes dan maklumat kebankrapan
  • Sejarah perjalanan kewangan yang terdiri daripada 3 bahagian berikut :

1. Permohonan kredit semasa dan maklumat CCRIS

2. Rekod cek yang tidak sah

3. Komentar anda

Pihak institusi perbankan akan melihat butiran ini dengan teliti dan terperinci untuk menentukan adakah anda adalah seorang pembayar yang baik atau sebaliknya. Pihak bank juga akan melihat keupayaan anda adakah anda masih boleh menambah kredit baru berdasarkan tanggungan kredit sedia ada.

Ini adalah video tutorial untuk melihat cara semak dan login ke Portal MyCTOS dengan lebih jelas:

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • FW1092741 KL13 10102020 MINYAK BN202010091672 lpr 960x602 1
    Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 …
    November 16, 2022 0
  • Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018 0
  • tips dan cara nak jadi kaya.jpg
    Tips dan Cara Untuk Menjadi Kaya
    November 25, 2015 1
  • kereta sewa segambut kuala lumpur.jpg
    KERETA SEWA SEGAMBUT KUALA LUMPUR
    December 24, 2015 0
  • KPTM 2019
    Borang Permohonan KPTM 2019 Online dan Syarat …
    April 24, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)