Penggunaan aplikasi pangkalan data murid adalah merupakan satu sistem modul pengurusan murid yang akan diakses oleh para guru untuk memerika e-kehadiran dan segala maklumat data berkenaan dengan murid. Perkongsian kali ini akan membantu para guru atau pegawai bertugas untuk tujuan APDM Login aplikasi pangkalan data murid dan kehadiran.
Sistem ini turut digunakan oleh pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah.
Para Ibu Bapa yang mempunyai anak jagaan dan sedang bersekolah perlu mengetahui beberapa maklumat penting ini.
Ibu bapa perlu mengemaskini maklumat berikut:
- Maklumat profil anak anda
- Alamat tempat tinggal anak
- Info penjaga
- Makluman asas kesihatan
- Pengesahan maklumat
- Mencetak BMM
- Mencetak surat persetujuan info kesihatan
APDM Login: Cara Masuk Ke Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan Kehadiran
Berikut adalah langkah-langkah untuk para guru login ke aplikasi ini:
Langkah -Langkah | Penerangan |
1. Masuk ke Portal Rasmi APDM | Para guru boleh melayari APDM melalui pautan ini https://apdm.moe.gov.my/ |
2. Guru perlu login menggunakan id yang telah didaftarkan | Masukkan ID pengguna bersama dengan Kata Laluan. ID Pengguna: Kod Sekolah (Semua mestilah huruf besar dan tiada jarak. Contohnya ABC1234) Kata Laluan: 99***j (Kata Laluan akan diberikan oleh sistem kepada pihak admin sekolah) |
3. Menukar Kata Laluan | Pihak admin sekolah dinasihatkan untuk menukar kata laluan tersebut selepas login APDM buat kali pertama. Ini bertujuan untuk keselamatan akaun pengguna |
4. Login sekali lagi | Selepas memperbaharui kata laluan, boleh login semula dengan menggunakan ID Pengguna bersama dengan kata laluan baharu yang telah ditetapkan Kemudian tekan butang ‘HANTAR’ |
Fungsi Penggunaan APDM KPM
Antara fungsi penggunaan sistem APDM Login KPM ini adalah tujuan seperti berikut:
- Merekodkan e-kehadiran murid
- Melalui sistem APDM KPM ini, guru atau pegawai boleh membuat proses ‘key in data’ kehadiran murid yang hadir ke sekolah
- Sistem ini membolehkan pengisi mencatat data dari segi pelajar sekolah itu hadir, hadir tetapi lewat,tidak hadir bersebab atau ponteng
- Dengan adanya rekod e-kehadiran ini, ia akan menjana laporan kehadiran murid ke sekolah dengan sistematik mengikut bulan dan tahun
- Para guru atau pegawai bukan sahaja boleh menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid menggunakan PC atau Laptop, tetapi juga boleh mengaksesnya menggunakan telefon pintar android.
Disini dikongsikan kaedah pengemaskinian kehadiran murid dalam APDM dalam 3 kategori berikut
Kategori | Penerangan |
BERSEMUKA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM) | 1. Covid-19 Kebenaran Ibu Bapa (bagi ibu bapa/penjaga yang memaklumkan kepada pihak sekolah atas faktor kebimbangan penularan Covid-19 atau 2. Pilihan Sebab Tidak Hadir yang lain bagi alasan kehadiran mengikut situasi Tindakan: Log Masuk Guru Kelas |
PENGGILIRAN (PILIHAN SEBAB DALAM APDM) | 1. Covid-19 Penggiliran (bagi murid yang diarah oleh pihak sekolah untuk tidak hadir secara bersemuka di sekolah Tindakan: Log Masuk Guru Kelas |
PdPR SEPENUHNYA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM) | 1. PdPR secara pukal oleh PK HEM Tindakan: Log Masuk PK HEM |
Para guru atau yang bertugas perlu membuat pengemaskinian pada waktu berikut
- Sesi pagi: Sebelum jam 10 pagi
- Sesi petang sebelum jam 3 petang
2. Mengisi dengan lengkap borang maklumat murid
- Para guru boleh ‘download’ borang maklumat pelajar dengan mudah hanya menggunakan sistem APDM Login
- Kesemua data ini mula direkodkan bermula awal tahun yang akan dikemaskini oleh guru kelas
- Info murid yang diperlukan untuk simpanan adalah nama penuh,nombor MyKid, jenis warganegara,jenis kaum, agama, alamat ,bantuan yang sedang diterima dan beberapa maklumat lain
- Sistem APDM turut mempunyai maklumat mengenai penjaga seperti nama penuh, status, no telefon yang boleh dihubungi, pekerjaan, jumlah pendapatan dan beberapa maklumat lain yang perlu dilengkapkan
- Maklumat ini sangat penting dan boleh memberi manfaat kepada pelajar sekiranya memerlukan bantuan yang layak diperolehi dimasa akan datang.
APDM Login : Cara Untuk Daftar Maklumat Murid
APDM Login :Langkah-Langkah Daftar Maklumat Murid |
1. Murid akan didaftarkan oleh guru kelas dengan memasukkan data di bahagian menu ‘Data Murid’ |
2. Guru perlu menyemak samada maklumat murid tersebut sudah sedia ada dalam senarai pelajar kelas tersebut. Klik pada nama murid. Disini maklumat profile murid dan penjaga boleh dikemaskini |
3. Jika nama murid tiada dalam senarai, klik pada butang ‘Daftar Murid’ kemudian masukkan maklumat murid seperti no kad pengenalan, no sijil lahir, no passport ataupun tiada dokumen |
4. Langkah terakhir ialah klik ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai membuat kemaskini |
3. Tujuan Mengeksport Data
Sistem aplikasi pangkalan data murid (APDM) ini adalah sebuah sistem yang lengkap dan menyeluruh. Ianya sangat memudahkan pengguna untuk melakukan eksport data untuk dimasukkan ke sistem lain. Semua maklumat telah tersedia jika ianya diperlukan.
Guru boleh terus melakukan ‘eksport data’ dengan pantas untuk tujuan urusan-urusan lain.
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk jana data dan muaturun dalam bentuk file excel:
APDM Login : Langkah-Langkah Muat Turun Data Murid Ke Excel |
1. Masukkan ke sistem APDM |
2. Login dengan menggunakan ID dan Kata Laluan kemudian klik Hantar |
3. Klik pada bahagian Data Murid. Guru atau pengguna boleh menjana laporan untuk dimuaturun mengikut jenis tingkatan atau pilihan tahun |
4. Selesai memilih tingkatan atau tahun, klik pada ‘Muat Turun Excel’ di sebelah penjuru kanan di atas skrin. Selesai muaturun, file dalam excel tersebut boleh disimpan dalam folder komputer untuk tujuan penggunaan secara offline |
4. Mengemaskini Maklumat Murid
Guru kelas juga boleh melakukan kemaskini untuk buang atau padam data murid daripada sistem APDM melalui pilihan menu ‘Data Murid’
APDM Login:Langkah-Langkah Kemaskini Maklumat Murid |
1. Guru kelas boleh semak nama murid dalam senarai, klik butang ‘Padam’ di hujung nama murid berkenaan |
2. Memilih sebab kenapa data murid berkenaan dipadamkan dari senarai murid kelas tersebut |
3. Setelah selesai memilih sebab, guru kelas boleh klik butang ‘Padam’ maka data murid tersebut akan dibuang dari sistem |
5. Mengemaskini Maklumat Guru
Jika berlaku pertukaran guru kelas, guru kelas yang baharu boleh bertindak membuat pendaftaran guru kelas baharu dengan membuat permintaan kepada pihak admin APDM sekolah untuk segera mendaftarkan nama guru kelas baharu atau meminta menukar guru kelas yang sedia ada. Untuk tujuan urusan ini, sila lakukan APDM login kemudian perlu klik kepada bahagian menu ‘Pendaftaran Kelas’
Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan APDM Login ?
Para guru boleh meminta bantuan pihak admin sekolah untuk melakukan ‘reset’ semula kata laluan yang baharu sekiranya guru berkenaan tidak dapat akses ke sistem APDM atau lupa kata laluan.
Terima kasih kerana merujuk ke laman ini untuk dapatkan informasi mengenai APDM Login penggunaan aplikasi pangkalan data murid. Jika bermanfaat, sila kongsikan kepada para guru sebagai rujukan.