BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 Dan Diesel

Islah Ibrahim November 16, 2022

Anda sudah berada di laman yang tepat untuk mengetahui informasi terkini berkenaan harga minyak petrol mingguan terkini 2022 untuk minyak jenis RON95,RON97 dan Diesel. Harga minyak petrol terkini akan dikongsikan dari semasa ke semasa untuk anda.

Ini adalah sedikit info sejarah yang anda boleh lihat perubahan harga minyak mengikut zaman kepimpinan Perdana Menteri ketika zaman Najib Razak, Tun Mahathir sehinggalah Muhyidin Yasin.

Cerita naik turun harga minyak ini akan sentiasa menjadi topik hangat, apatahlah apabila pilihan raya umum bakal tiba. Kini perubahan harga minyak kita boleh lihat akan berlaku setiap minggu. Ada masanya akan naik, ada masa akan turun dan ada juga yang kekal dengan harga yang sama.

Sewaktu Dato Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, harga minyak petrol RON97 adalah mengikut pasaran semasa manakala ketika itu beliau mengumumkan subsidi untuk minyak petrol RON95 dan Diesel telah dimansuhkan. ketika zaman Tun Mahathir pula kerajaan pada ketika itu menetapkan harga siling bagi minyak petrol iaitu RM2.08 untuk minyak RON95 dan RM2.18 untuk minyak Diesel. Manakala RON97 kekal terapung mengikut pasaran semasa.

Apabila kerajaan beralih di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin, kerajaan tidak lagi menetapkan harga siling untuk minyak RON95 dan Diesel yang ketika itu adalah pada awal tahun 2021. Namun kerajaan telah mengembalikan subsidi minyak petrol RON95 (RM2.05) dan Diesel (RM2.18) , manakala minyak RON97 kekal diapungkan mengikut harga semasa.

Berikut adalah makluman harga minyak petrol terkini.

Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022

Harga minyak petrol mingguan terkini ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

E98C8793 D209 4DD4 9E1B A2D16BCAE741
Sumber: kementerian kewangan Malaysia

Mitos Penggunaan Minyak RON97: Benarkah Enjin Semakin Power?

Jika sebelum ini anda beranggapan menggunakan minyak RON97 akan mampu meningkatkan prestasi enjin kereta anda, tanggapan anda tidak benar.

ARTIKEL LAIN  Status Permohonan BR1M Lulus Tapi Duit Tidak Masuk? Baca Ini Dulu...

Kita perlu fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan RON

MaksudFungsi
Ron adalah singkatan perkataan daripada Research Octane NumberGred minyak ini akan menentukan kebolehannya untuk menahan kepadatan yang lebih tinggi (high compression level)

Kebiasaannya, minyak RON97 ini digunakan untuk kereta mewah yang menampung kapasiti enjin 2500cc ke atas. Jadi jika anda menggunakan kereta lamboghini aventador namun hanya isi minyak RON95, minyak gred ini mungkin tidak mampu untuk menahan ‘auto ignition” dan”knocking”. Kesannya boleh merosakkkan enjin di masa akan datang. Sekiranya anda menggunakan kereta yang ramai digunakan oleh orang lain, tidak terlalu nampak dari segi perbezaan prestasi.

Benarkah guna minyak RON97 buat minyak kereta anda bertahan lebih lama?

Ramai juga dalam kalangan pengguna kereta beranggapan, guna minyak RON97 membantu minyak kereta bertahan lebih lama. Sehingga ke hari ini, masih tiada bukti secara saintifik yang membuktikan pendapat ini. Kerana ianya lebih bergantung kepada spesifikasi enjin kereta anda.

Satu ujian telah dibuat dengan cara menguji kedua-dua jenis minyak dan penggunaannya sehingga habis tangki. Ujian tersebut menunjukkan minyak RON95 masih menjadi pilihan terbaik untuk anda dapatkan penjimatan.

Paling penting, bertahan lama atau tidak minyak petrol adalah bergantung kepada gaya pemanduan anda. Antara keadaan yang menggunakan kapasiti minyak lebih apabila anda selalu menekan minyak untuk memecut laju secara mengejut dari keadaan brek. Keadaan ini akan menyebabkan minyak petrol lebih cepat dihabiskan.

Harga Minyak Petrol Terkini: Bagaimana Kesan Penurunan Harga Minyak Dunia Kepada Negara Malaysia

Positif1. Laporan MIDF Research menunjukkan pengguna dapat menikmati harga runcit RON95 pada harga RM1.32 satu liter
2. Penurunan harga minyak petrol terkini mampu membantu pengawalan kadar inflasi
Negatif1. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, sudah pasti penurunan ini akan menurunkan pendapatan Malaysia dari sumber petroleum
2. Jurang perbezaan harga yang besar selepas keadaan harga minyak petrol terkini yang lebih rendah menyebabkan akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal negara
3. Pendapatan Malaysia akan berkurangan dan akan memberikan impak besar kepada ekonomi.

Semoga perkongsian harga minyak petrol terkini ini akan membantu memahami keadaan sebenar bagaimana industri minyak ini memberikan kesan positif dan negatif kepada negara umumnya dan kepada rakyat Malaysia khususnya. Sedikit perkembangan sejarah yang dikongsikan pada awal perkongsian dapat memberikan anda kefahaman bagaimana kuasa Perdana Menteri untuk memastikan harga minyak ini dapat terus dikawal supaya tidak membebankan rakyat.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan artikel harga minyak petrol terkini ini kepada rakan-rakan anda ya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Front kvks
    Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan …
    December 3, 2022 0
  • NEW RELA
    Semakan Keahlian RELA,Permohonan RELA Serta Gaji
    November 25, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 11
    Cara Isi e Filing LHDN 2022/2023 Kali …
    November 28, 2022 0
  • laman web jual produk kesihatan
    5 Laman Web Membeli Belah Produk Kesihatan …
    September 1, 2018 0
  • sultan selangor
    Bila Tarikh Bubar DUN Selangor Untuk Pilihan …
    June 19, 2023 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)