BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM

ammar
gaji jururawat masyarakat gred u19.png

Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kerja sebagai Jururawat Masyarakat Gred U19. Ini mungkin artikel yang sesuai untuk anda adik-adik lepasan SPM yang terus mahu bekerja tanpa menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah. Gaji permulaan bagi Jururawat Masyarakat Gred U19 adalah RM1418.12. Kenaikan gaji jururawat masyarakat bagi tahunan adalah RM100 sahaja.

Isi Kandungan Tutup
1. Jururawat Masyarakat Gred U19
2. Jadual Gaji Jururawat Masyarakat Gred U19
3. Deskripsi Tugas:
3.1. Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan Klinik Desa/Pusat Kesihatan
4. Syarat Lantikan:
5. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
5.1. 2 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Jururawat Masyarakat Gred U19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji Jururawat Masyarakat Gred U19

  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

Untuk pengetahuan semua, Jururawat Masyarakat U19 adalah kumpulan sokongan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang melakukan tugas-tugas seperti berikut:

Deskripsi Tugas:

Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan Klinik Desa/Pusat Kesihatan

  • Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
  • Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
  • Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
  • Memberi pendidikan kesihatan.
  • Menyambut kelahiran bayi.

Untuk syarat lantikan jawatan ini adalah seperti di bawah:

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM1,284.27 ] dan
  • Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
ARTIKEL LAIN  Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am dan Peristiwa)

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

2 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

  • Mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Di atas adalah antara beberapa maklumat penting mengenai gaji Jururawat Masyarakat U19. Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan ini anda boleh semak terus ke laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Di laman web rasmi itu akan dinyatakan dengan jelas dan terperinci mengenai info jawatan yang anda ingin ketahui. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Terima kasih.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk penjawat awam, pasti ramai yang berminat nak bekerja di sektor kerajaan…

    November 9, 2015

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • maksud disebalik setiap gred jawatan kerajaan
    MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN
    October 19, 2014 0
  • Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online
    Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ …
    June 7, 2017 0
  • pure white background 85a2a7fd 13
    Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am …
    November 28, 2022 0
  • EIwGftyU0AECXHI
    Contoh Surat Rasmi : Format Yang Betul …
    November 14, 2022 0
  • cara basuh beras yang betul
    Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah …
    October 2, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)