BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat Solat Jumaat dan Niat Solat Jumaat Jamak Asar (Panduan Lengkap)

Islah Ibrahim
niat solat jumaat

Panduan ini adalah untuk anda yang ingin belajar cara melakukan niat solat jumaat dan bagaimana niat solat jumaat jamak asar atau jamak dengan solat asar sekiranya anda berada dalam keadaan bermusafir.

Kami akan kongsikan panduan yang mudah dan ringkas untuk dipraktikkan. Kami juga akan kongsikan cara bacaan dalam rumi untuk membantu anda yang masih lemah untuk membaca tulisan arab.

Pengenalan Solat Jumaat

Solat Jumaat adalah solat fardhu yang wajib ditunaikan bagi kaum lelaki muslim yang telah baligh. Solat fardhu Jumaat tidak wajib ditunaikan oleh kaum wanita atau muslimat.

Solat ini dilakukan pada setiap hari Jumaat dan ianya menggantikan solat fardhu zohor. Syarat sah untuk menunaikan Solat Jumaat adalah mesti hadir di masjid atau surau jumaat dan dilakukan secara berjemaah. Solat Jumaat mesti dilakukan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin secara tetap di kawasan itu.

Sebelum menunaikan solat ini, mesti didahulukan dengan dua khutbah oleh imam atau khatib dan barulah diikuti dengan solat Jumaat 2 rakaat.

Hukum Menunaikan Solat Jumaat

Sebelum kita mempelajari niat solat jumaat, perlu diketahui bahawa solat fardhu Jumaat hukumnya adalah wajib ke atas semua golongan yang telah memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat.

Ia merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu muslim dan bukanlah fardhu kifayah.

Dalam hadis nabi yang telah diriwayatkan oleh Thariq bin Syibab yang telah menyatakan Rasulullah S.A.W bersabda:

“Solat Jumaat adalah yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan empat golongan iaitu hambar yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit”

Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud

niat solat jumaat

Cara Niat Solat Jumaat

Lafaz niat lisan:

166351804 4182206741811594 4418751001378047987 n

Lafaz lisan dalam bacaan rumi:

Usalli fardhal juma’ati rakataini makmuman lillahita’ala

Niat dengan lintasan hati:

“Sahaja aku menunaikan solat fardhu jumaat, mengikut imam kerana Allah Ta’ala”

Niat Solat Jumaat dan Jamak Asar

Timbul persoalan bagaimana orang yang bermusafir hendak melakukan solat jamak takdim serta qasar dalam waktu zohor dan asar pada hari Jumaat. Bolehkah kita melakukan solat jumaat dan kemudian terus bangun menunaikan solat asar secara qasar atau pendek?

ARTIKEL LAIN  Senarai Tempat Pelancongan Menarik di Kota Kinabalu Sabah

Sebagaimana yang diketahui dalam maksud solat jamak dan qasar ,ianya merupakan satu keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir dan setelah memenuhi syarat-syarat solat jamak dan qasar.

Sekiranya anda sedang bermusafir pada hari jumaat, anda boleh melakukan solat jamak qasar zohor dan asaar seperti biasa, ini kerana mereka yang bermusafir memulakan perjalanan sebelum terbitnya fajar subuh pada hari jumaat tidak wajib menunaikan solat jumaat.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menunaikan solat Jumaat dan asar secara jamak, adalah sah untuk dilakukan dengankeadaan jamak taqdim sahaja.

Berikut adalah langkah-langkah cara niat solat jumaat beserta dengan solat jamak qasar waktu asar. Jamak taqdim.

1. Tunaikan solat Jumaat terlebih dahulu dengan mengikut imam. Niatnya adalah sama

“Sahaja aku menunaikan solat fardhu jumaat, mengikut imam kerana Allah Ta’ala”

2. Selesai sahaja memberi salam, anda segeralah bangun semula kemudian mengerjakan pula solat qasar waktu asar.

3. Berikut adalah niat dalam lintasan hati untuk solat qasar waktu asar ini:

“Sahaja aku solat fardhu asar, qasar jamak takdim, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

4. Bacaan niat di atas dilakukan dengan lintasan hati semasa mengangkat takbiratul ihram

5. Semasa menunaikan solat fardhu asar qasar, tunaikan sebanyak dua rakaat dan diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan surah-surah lain.

6. Selesai menunaikan solat qasar waktu asar ini, selesailah tanggungjawab anda dan tidak perlu lagi menunaikan solat fardhu asar di waktu asar nanti.

Begitulah kaedahnya bagaimana niat solat jumaat bersama dengan solat jamak taqdim waktu asar. Islam itu mudah lagi memudahkan. Jika anda belajar dan menambah ilmu, pasti islam itu kelihatan mudah.

Berikut adalah video penerangan dari Ustaz Azhar Idrus dalam permasalahan ini.

Semoga perkongsian ini akan menyelesaikan kebuntuan anda bagaimana menunaikan solat Jumaat serta dijamakkan dengan solat waktu asar. Kesimpulannya, anda boleh menunaikan solat jumaat dan terus jamak dengan waktu asar. Cuma perlu diingatkan, solat jamak ini adalah untuk jamak taqdim sahaja iaitu waktu pertama dan bukannya dilakukan pada jamak takhir iaitu waktu kedua.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Afizah

    Assalamualaikum…
    Boleh bantu Sy.berkenaan solat jamak ..macam mana niat solat zohor berimam dengan imam mukim 4 rakaat…perlu tak sebut jamak asar semasa niat zohor td …

    May 5, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0
  • 52663153 1071882079651527 209749753011896320 n
    Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja Bahasa …
    November 7, 2022 0
  • 0c4ce1cc3fea4561825f423299829b03 1200
    Harga Lesen Kereta Dan Motosikal Terkini 2022 …
    November 24, 2022 0
  • b5b18dcd 3e7f 4531 9db6 9787c7a94db8 169
    Cara Mengamalkan Ayat Seribu Dinar dan Kelebihan …
    December 8, 2022 0
  • 14242254 1068381436616079 6055827311968824990 o
    Doa Selepas Azan Arab dan Rumi Serta …
    November 29, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)