BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pergi UPM Naik Helikopter, Sumbang RM1 Juta

ammar

Sebut sahaja nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sudah pasti ramai yang mengenali lelaki ini, namum apabila sebut nama Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim mungkin tidak ramai yang mengenali insan ini.

Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan orang kaya dari Bangsa Melayu di Malaysia ini. Beliau adalah Orang Melayu kedua terkaya di Malaysia di belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Diberi jolokan Bilionair Melayu ‘low profile‘ yang memiliki 4 jet eksekutif dan lebih 40 buah helikopter. Tidak hairanlah jika ingin kemana-mana beliau akan menaiki helikopternya.

Beberapa hari yang lepas menerusi laman sosial facebook rasmi milik Universiti Putra Malaysia(UPM), mereka berkongsi beberapa keping gambar Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, Pengarah Urusan The Weststar Group ke UPM bagi menandatangani memorandum perjanjian pemberian dana endowmen yang bernilai RM1 juta.

Beliau memberikan sumbangan ini bertujuan bagi menggalakkan kerjasama yang mantap serta meningkatkan potensi dan inovasi terutama dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia(UPM).

Siapakah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim?

Bagi yang belum mengenali, beliau merupakan pemilik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. (WAS) yang memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Menurut Forbes, nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2017 adalah sebanyak AS$600 juta (meningkat), berbanding AS$245 juta pada tahun 2016.

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Beliau kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.

ARTIKEL LAIN  Semak Bil Astro Melalui IC, SMS Dan Bayar Bil Astro Online

Beliau pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Dari situlah bermulanya perniagaan Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. (WAS).

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan berapa jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Info yang menarik.Banyak juga yang disumbangkan.Dermawan.Semoga terus berjaya.

    January 24, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pendaratan manusia di bulan satu pembohongan
    Pendaratan Manusia di Bulan Satu Pembohongan?
    August 10, 2017 0
  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0
  • bsn
    Semak Sijil Simpanan Premium ,Tarikh Cabutan dan …
    November 26, 2022 0
  • DtO0mZpU4AAFply
    Bank Islam Online Banking : Cara Daftar …
    November 13, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd 13
    Cuti Umum Sarawak 2023 (Hari Kelepasan Am …
    November 28, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)