BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / 2024 Secara Online dan SMS

ammar

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 adalah kekal seperti tarikh yang diumumkan sebelum ini. Tarikh pengumuman keputusan SPM 2023 adalah pada hari isnin, 27 Mei 2024.

KPM tidak meminda atau mengubah tarikh itu walaupun ada beberapa pihak sebelum ini merasakan tarikh 27 Mei 2024 tidak sesuai kerana sekolah sedang bercuti.

Isi Kandungan Tutup
1. Tarikh Keputusan SPM 2023 Diumumkan 27 Mei 2024
1.1. Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online
1.1.1. Semakan Keputusan SPM 2023 Secara SMS
1.1.1.1. Tips Tambahan

Tarikh Keputusan SPM 2023 Diumumkan 27 Mei 2024

Bagi calon SPM 2023 yang bersekolah, mereka boleh membuat semakan keputusan SPM 2023 secara terus di sekolah masing-masing seawal pukul 10 pagi 27 Mei 2024. Namun, untuk calon SPM 2023 persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri di tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023.

semakan keputusan spm 2023

Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Online

Memandangkan sekarang dunia sudah moden, calon SPM 2023 juga boleh membuat semakan keputusan SPM dengan cepat dan mudah melalui dua cara iaitu:

  1. Online: Semakan secara online boleh dibuat di laman web myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi. Calon hanya perlu memasukkan No. Angka Giliran peperiksaan SPM 2023 dan nombor kad pengenalan dan klik pada butang “Hantar”.
  2. SMS

Semakan Keputusan SPM 2023 Secara SMS

Bagi calon SPM 2023 yang ingin membuat semakan keputusan SPM 2023 secara SMS pula, calon hanya perlu menaip SPM [jarak] NoKP [jarak] AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem SMS ini akan aktif bermula pukul 10 pagi 27 Mei 2024.

ARTIKEL LAIN  Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak Keputusan SPM 2020

Tips Tambahan

  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa semakan.
  • Perkhidmatan SMS mungkin dikenakan caj, bergantung kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Dengan panduan ini, calon SPM 2023 boleh membuat semakan keputusan dengan mudah dan cepat. Selamat berjaya kepada semua calon! Jika anda merasakan artikel yang dikongsikan ini bermanfaat, sila berikan komen di bawah artikel ini.

Anda telah berusaha keras dan belajar dengan tekun. Percayalah bahawa usaha anda akan membuahkan hasil yang baik. Ujian ini hanyalah satu langkah dalam perjalanan hidup anda. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Ingatlah bahawa keluarga dan guru anda sentiasa menyokong anda. Mereka percaya pada kebolehan anda.

Semoga adik-adik calon SPM 2023 boleh membuat keputusan terbaik dalam hidup selepas ini. SPM adalah permulaan untuk kehidupan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Gagal semasa SPM bukan penentu gagal di dalam hidup.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Gambar Terbaru Raja Permaisuri Agong ke-11, Siti Aishah
    Mengejutkan! Inilah Gambar Terbaru Raja Permaisuri Agong …
    August 18, 2016 1
  • photo 2022 12 11 23 41 20 1
    Niat Solat Jumaat dan Niat Solat Jumaat …
    December 11, 2022 1
  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • Gambar Muslim Sedang Berdoa
    Niat ,Cara Solat Tahajjud Dan Doa Tahajud
    November 23, 2022 0
  • Tanah Di Terengganu
    Cara Memohon Tanah Di Terengganu Secara Online, …
    August 9, 2017 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)