BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa 2023 Dan Koleksi Ucapan

Islah Ibrahim
tarikh hari ibu
Tarikh Hari Ibu

Setiap tahun bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa pasti akan mengingati tarikh penting ini iaitu tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa. Kerana ini peluang untuk anak-anak menghargai jasa-jasa mereka selama ini yang membesarkan kita dari kecil sehinggalah ke hari ini.

Menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa ini bukanlah merupakan satu peristiwa yang terhad untuk menghargai ibu bapa pada ketika itu sahaja. Ianya cuma simbolik hari khas yang menjadi sambutan seluruh dunia dan ianya tidak melanggar dari sudut syariat islam.

Perkongsian kali ini akan memberikan maklumat kepada anda bagi anda yang terlupa tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa terkini untuk tahun 2023 nanti.

Hukum Menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa

Topik sambutan hari ibu dan bapa ini sering menjadi kontroversi dalam masyarakat kita, khususnya bagi umat islam. Islam juga mempunyai perbahasan mengenai topik ini dan mempunyai pandangan tersendiri dari kalangan ulama. Tarikh hari ibu tidak akan dibincangkan dalam artikel ini sekiranya ianya jelas haram dalam islam.

Kesimpulan dari perbahasan tersebut, tiada masalah untuk menyambut hari ibu dan bapa. Islam memberi keharusan ke atas sambutan hari ini. Namun sebaiknya hargailah ibu bapa seperti anda menyambut hari ibu dan bapa setiap hari.

Jangan terlalu fokus menyambut pada hari tersebut sahaja kemudian melukakan hati ibu bapa pada hari lainnya.

Islam juga membenarkan sambutan ini namun perlu dilakukan secara islamik dan tidak meniru dalam mana-mana upacara agama lain selain islam.

Ini kerana kita bimbang, kita terikut-ikut dengan budaya agama lain tanpa disedari. Hal ini banyak berlaku dalam sambutan hari-hari lain seperti Hari Valentine yang jelas hukumnya haram dalam islam.

Tarikh Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa 2023

Tarikh Hari IbuAhad14 May 2022
Tarikh Hari BapaAhad18 Jun 2023

Tarikh Hari Ibu: Koleksi Ucapan hari Ibu Untuk Kad Ucapan

Setelah kita mengetahui tarikh Hari Ibu dan Hari bapa, berikut adalah antara koleksi ucapan hari ibu yang terus anda boleh ‘copy dan paste’ untuk diucapkan kepada ibu anda samada secara personal whatsApp atau ucapan di media sosial atau dalam bentuk kad ucapan.

1. Selamat Hari Ibu! Kau adalah perempuan paling istimewa dihatiku, Dulu Kini dan Selamanya

2. Menjadi seorang ibu yang hebat dan kuat adalah tanggungjawab yang sangat suka. Aku mencintaimu ibu. Selamat Hari Ibu

3. Ibu adalah cinta abadi, sebuah cinta yang luar biasa. Seseorang yang membantumu mengatasi masalah, dia adalah salah satu yang benar-benar peduli. Ibu engkau segalanya bagiku. Aku sangat menyayangimu

4. Ku berterima kasih atas semua yang telah kau ajarkan untukku dan aku merasa bersyukur bisa memanggilmu ibu. Aku mencintaimu ibu.

5. Selamat Hari Ibu kepada Ibu saya dan juga semua ibu-ibu. Tiada yang lebih murni daripada tugas dan peranan seorang ibu

6. Terima kasih selalu ada untuk orang Orang, Mencintai Orang dengan apa adanya, merawat Orang ketika lagi sakit, selalu masak makan yang sedap-sedap, doakan Orang dalam apa jua tingkah, tidak akan ada yang dapat menggantikan tempatmu ibu. Selamat Hari Ibu.

ARTIKEL LAIN  Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

7. Selamat Hari Ibu. Terima kasih ibu atas segala penat lelah dan pengorbanan ibu, mengandungkan, melahirkan, membesarkan, dan mendidik kami anak-anak ibu. Sungguh tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang ibu

8. Kepada semua yang bergelar Ibu, Umi, Mak, Emak, Mummy, Mama, Mum,Mami, Bonda. Bersyukurlah, berbahagialah, berdoalah, bercintalah dan bersemangatlah.. kerana tanpa keluarga siapalah kita

9. Selamat Hari Ibu, Moga selamat sejahtera ibu di dunia akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati, dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya

10. Ibu, kau selalu membimbingku belajar, kau menemaniku saat aku ketakutan, kau tidak pernah memarahiku, kau adalah orang terbaik yang menyayangiku dan menjadi penolongku.

Tarikh Hari Ibu: Koleksi Ucapan Hari Bapa Untuk Kad Ucapan

Anda boleh copy dan paste ucapan Hari Bapa ini untuk ditulis dalam kad ucapan, ucapan melalui personal whatsApp atau di media sosial:

1. Selamat Hari Bapa. Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih ABAH!

2. Ayah, tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah. Ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat Hari Bapa buat Ayah. Moga disana nanti, kerinduan ini akan temu penamatnya. Al-Fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi

3. Buat ayah tersayang, terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang baik. Membentuk kami menjadi seorang yang berhati cekal, setiap tutur katamu dan nasihatmu jadi tiang ikutan. Ketegasanmu dalam mendidik menjadikan kami seperti hari ini. Terima kasih ayah. Semoga ayah sentiasa dirahmati Allah S.W.T

4. Buat Abah tersayang, terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang melindungi anak-anaknya, dari dunia luar yang mencabar sehingga kami terdidik menjadi manusia berguna, moga Allah panjang umur Abah (dan Mak juga) dan stay encem macho seperti selalu hihihihi. Love U Abah! Kami sayang Abah!

5. Ayah adalah pahlawan pertama seorang putra dan cinta pertama seorang putri. Kehadiranmu menjadi hadiah terindah bagi keluarga. Terima kasih Ayah.

6. Untuk Ayah Terbaik Di Dunia. Selamat Hari Ayah! Terima kasih telah menyayangiku apa adanya. Aku takkan pernah mengharapkan yang lain.

7. Selamat Hari Ayah untuk ayah terbaik di dunia! Terima kasih telah membimbing keluarga ini dengan sangat baik dan sabar

8. Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak, kegigihan da perjuangan hidup demi untuk kebahagian keluargamu. Terkadang kau tersungkur namun, kau tetap berusaha berdiri kembali demi untuk anak dan isterimu. Selamat Hari Ayah!

9. Selamat Hari Ayah! Ayaaah, terima kasih sudah berusaha dan percaya akan mimpiku selama ini.Ayah terima kasih atas segala kerja keras yang selalu dilakukan demi aku dan ibu

10. Ayah tak pernah patah semangat, ayah tak pernah berputus asa, ayah tak pernah hilang harapan, ayah akan sentiasa mencari jalan membahagiakan kami sekeluarga. Semoga Allah limpahkan kurnia buat Ayah.

Perkongsian tarikh hari ibu ini diharapkan dapat memberi ruang masa kepada anda untuk berkongsi ucapan kepada ibu bapa anda sekiranya tiada idea untuk menulis ucapan dan lupa pada tarikh Hari Ibu dan tarikh Hari Bapa.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • m10 perlembagaan BHfield image listing featured 1
    Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara dan …
    December 28, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd
    Aeon Credit Online Payment: Cara Daftar Dan …
    November 15, 2022 0
  • kisah sebenar bruce lee kalah lawan dengan silat melayu.jpg
    Kisah Bruce Lee Kalah Lawan Dengan Silat …
    January 7, 2016 11
  • Front kvks
    Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan …
    December 3, 2022 0
  • 3003592
    50 Sunnah Rasulullah Yang Boleh Diamalkan dan …
    December 8, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)