BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya Laporan Bedah Siasat Bongkar Segalanya

ammar

Semalam 3 Jun 2018 negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang bayi lelaki dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Batu Cave, Selangor.

Pada mulanya pengasuh menelefon ibu bayi bahawa bayi itu telah diambil oleh seorang lelaki yang disangka ayah kepada bayi itu. Tetapi apa yang mengejutkan ayah bayi itu berkata dia belum mengambil lagi bayinya dirumah pengasuh. Jadi disini kemungkinan bayi itu telah diculik.

Kehilangan bayi ini akhirnya viral di media sosial dan akhirnya polis menjalankan siasatan mengenai kehilangan bayi itu. Selang beberapa jam selepas itu pihak polis pantas bertindak mendapatkan kenyataan dari pengasuh bayi itu.

Namun pihak polis berasa ragu dengan kenyataan yang dibuat pengasuh. Sejurus selepas itu polis telah membuat serbuan dan siasaran di rumah pengasuh dan akhirnya terjumpa mayat baby Adam di dalam petik sejuk. Berita ini bukan sahaja mengejutkan kedua ibu bapa mangsa malah ramai rakyat Malaysis dukacita dengan kes tragis ini.

Dua pengasuh yang juga suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Raykal Mohd Sufi Naeif, dipercayai panik selepas mangsa tersedak susu.

Pengasuh berusia 33 dan 36 tahun itu kemudian dipercayai bertindak membalut Adam dengan kain lampin sebelum memasukkannya dalam beg kitar semula berwarna hijau.

Suspek kemudian bertindak menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah mereka.

Sumber berkata, kerana panik, suspek juga membuat cerita rekaan dengan memaklumkan kepada ibu bayi itu kononnya mangsa sudah diambil seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan bapanya.

Apa yang mengejutkan ramai hari ini adalah mengenai laporan bedah siasat yang telah dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

ARTIKEL LAIN  Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok Isteri Murung

Bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Batu Caves maut akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, menerusi laporan bedah siasat yang diterima daripada Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi berkenaan didapati mengalami kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri.

gambar baby adam mati

“Mangsa juga turut mengalami pendarahan di sebelah kanan otaknya akibat daripada kecederaan dialami tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berkenaan bagi menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur penderaan dalam kes tersebut.laporan bedah siasat baby adam

Beliau berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan berikutan kenyataan suspek dilihat agak meragukan dan tidak selari dengan hasil laporan bedah siasat yang diterima.

“Kita perlu menjalankan siasatan menyeluruh kerana keputusan post mortem berlainan dengan kenyataan suspek. Dan kita masih siasat motif kes ini,” katanya.

Terdahulu, proses bedah siasat ke atas mayat Adam Rayqal dilaporkan selesai kira-kira jam 2.15 petang tadi sebelum jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL.

 siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dua pengasuh terbabit ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • foto
    Akhirnya Terbongkar! Pemilik Kereta Dedah Kenapa Parking …
    July 12, 2017 0
  • india mabuk
    India Mabuk Langgar Peniaga Hingga Mati Diikat …
    June 22, 2019 0
  • dr maszle malik
    Maszlee Nafi Mahu Masukkan Skandal 1MDB Dalam …
    December 4, 2018 0
  • perdana menteri pakistan
    Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan …
    July 28, 2017 0
  • karnival kerjaya penipu
    Karnival Kerjaya Menipu, Ambil Untung Atas Angin …
    October 3, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)