BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan Kehadiran Untuk Guru KPM

Islah Ibrahim
APDM Login:  Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan Kehadiran Untuk Guru KPM

Penggunaan aplikasi pangkalan data murid adalah merupakan satu sistem modul pengurusan murid yang akan diakses oleh para guru untuk memerika e-kehadiran dan segala maklumat data berkenaan dengan murid. Perkongsian kali ini akan membantu para guru atau pegawai bertugas untuk tujuan APDM Login aplikasi pangkalan data murid dan kehadiran.

Sistem ini turut digunakan oleh pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah.

Para Ibu Bapa yang mempunyai anak jagaan dan sedang bersekolah perlu mengetahui beberapa maklumat penting ini.

Ibu bapa perlu mengemaskini maklumat berikut:

  • Maklumat profil anak anda
  • Alamat tempat tinggal anak
  • Info penjaga
  • Makluman asas kesihatan
  • Pengesahan maklumat
  • Mencetak BMM
  • Mencetak surat persetujuan info kesihatan

APDM Login: Cara Masuk Ke Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan Kehadiran

Berikut adalah langkah-langkah untuk para guru login ke aplikasi ini:

Langkah -LangkahPenerangan
1. Masuk ke Portal Rasmi APDMPara guru boleh melayari APDM melalui pautan ini https://apdm.moe.gov.my/
2. Guru perlu login menggunakan id yang telah didaftarkanMasukkan ID pengguna bersama dengan Kata Laluan.

ID Pengguna: Kod Sekolah (Semua mestilah huruf besar dan tiada jarak. Contohnya ABC1234)

Kata Laluan: 99***j (Kata Laluan akan diberikan oleh sistem kepada pihak admin sekolah)
3. Menukar Kata LaluanPihak admin sekolah dinasihatkan untuk menukar kata laluan tersebut selepas login APDM buat kali pertama. Ini bertujuan untuk keselamatan akaun pengguna
4. Login sekali lagiSelepas memperbaharui kata laluan, boleh login semula dengan menggunakan ID Pengguna bersama dengan kata laluan baharu yang telah ditetapkan

Kemudian tekan butang ‘HANTAR’

Fungsi Penggunaan APDM KPM

Antara fungsi penggunaan sistem APDM Login KPM ini adalah tujuan seperti berikut:

  1. Merekodkan e-kehadiran murid
  • Melalui sistem APDM KPM ini, guru atau pegawai boleh membuat proses ‘key in data’ kehadiran murid yang hadir ke sekolah
  • Sistem ini membolehkan pengisi mencatat data dari segi pelajar sekolah itu hadir, hadir tetapi lewat,tidak hadir bersebab atau ponteng
  • Dengan adanya rekod e-kehadiran ini, ia akan menjana laporan kehadiran murid ke sekolah dengan sistematik mengikut bulan dan tahun
  • Para guru atau pegawai bukan sahaja boleh menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid menggunakan PC atau Laptop, tetapi juga boleh mengaksesnya menggunakan telefon pintar android.
ARTIKEL LAIN  Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi 2022

Disini dikongsikan kaedah pengemaskinian kehadiran murid dalam APDM dalam 3 kategori berikut

KategoriPenerangan
BERSEMUKA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM)1. Covid-19 Kebenaran Ibu Bapa (bagi ibu bapa/penjaga yang memaklumkan kepada pihak sekolah atas faktor kebimbangan penularan Covid-19 atau
2. Pilihan Sebab Tidak Hadir yang lain bagi alasan kehadiran mengikut situasi

Tindakan: Log Masuk Guru Kelas
PENGGILIRAN (PILIHAN SEBAB DALAM APDM)1. Covid-19 Penggiliran (bagi murid yang diarah oleh pihak sekolah untuk tidak hadir secara bersemuka di sekolah

Tindakan: Log Masuk Guru Kelas
PdPR SEPENUHNYA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM)1. PdPR secara pukal oleh PK HEM

Tindakan: Log Masuk PK HEM
Pengemaskinian Kehadiran Murid Dalam KPM

Para guru atau yang bertugas perlu membuat pengemaskinian pada waktu berikut

  • Sesi pagi: Sebelum jam 10 pagi
  • Sesi petang sebelum jam 3 petang

2. Mengisi dengan lengkap borang maklumat murid

  • Para guru boleh ‘download’ borang maklumat pelajar dengan mudah hanya menggunakan sistem APDM Login
  • Kesemua data ini mula direkodkan bermula awal tahun yang akan dikemaskini oleh guru kelas
  • Info murid yang diperlukan untuk simpanan adalah nama penuh,nombor MyKid, jenis warganegara,jenis kaum, agama, alamat ,bantuan yang sedang diterima dan beberapa maklumat lain
  • Sistem APDM turut mempunyai maklumat mengenai penjaga seperti nama penuh, status, no telefon yang boleh dihubungi, pekerjaan, jumlah pendapatan dan beberapa maklumat lain yang perlu dilengkapkan
  • Maklumat ini sangat penting dan boleh memberi manfaat kepada pelajar sekiranya memerlukan bantuan yang layak diperolehi dimasa akan datang.

APDM Login : Cara Untuk Daftar Maklumat Murid

APDM Login :Langkah-Langkah Daftar Maklumat Murid
1. Murid akan didaftarkan oleh guru kelas dengan memasukkan data di bahagian menu ‘Data Murid’
2. Guru perlu menyemak samada maklumat murid tersebut sudah sedia ada dalam senarai pelajar kelas tersebut. Klik pada nama murid. Disini maklumat profile murid dan penjaga boleh dikemaskini
3. Jika nama murid tiada dalam senarai, klik pada butang ‘Daftar Murid’ kemudian masukkan maklumat murid seperti no kad pengenalan, no sijil lahir, no passport ataupun tiada dokumen
4. Langkah terakhir ialah klik ‘Kemaskini Maklumat’ setelah selesai membuat kemaskini

3. Tujuan Mengeksport Data

Sistem aplikasi pangkalan data murid (APDM) ini adalah sebuah sistem yang lengkap dan menyeluruh. Ianya sangat memudahkan pengguna untuk melakukan eksport data untuk dimasukkan ke sistem lain. Semua maklumat telah tersedia jika ianya diperlukan.

Guru boleh terus melakukan ‘eksport data’ dengan pantas untuk tujuan urusan-urusan lain.

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk jana data dan muaturun dalam bentuk file excel:

APDM Login : Langkah-Langkah Muat Turun Data Murid Ke Excel
1. Masukkan ke sistem APDM
2. Login dengan menggunakan ID dan Kata Laluan kemudian klik Hantar
3. Klik pada bahagian Data Murid. Guru atau pengguna boleh menjana laporan untuk dimuaturun mengikut jenis tingkatan atau pilihan tahun
4. Selesai memilih tingkatan atau tahun, klik pada ‘Muat Turun Excel’ di sebelah penjuru kanan di atas skrin. Selesai muaturun, file dalam excel tersebut boleh disimpan dalam folder komputer untuk tujuan penggunaan secara offline

4. Mengemaskini Maklumat Murid

Guru kelas juga boleh melakukan kemaskini untuk buang atau padam data murid daripada sistem APDM melalui pilihan menu ‘Data Murid’

APDM Login:Langkah-Langkah Kemaskini Maklumat Murid
1. Guru kelas boleh semak nama murid dalam senarai, klik butang ‘Padam’ di hujung nama murid berkenaan
2. Memilih sebab kenapa data murid berkenaan dipadamkan dari senarai murid kelas tersebut
3. Setelah selesai memilih sebab, guru kelas boleh klik butang ‘Padam’ maka data murid tersebut akan dibuang dari sistem

5. Mengemaskini Maklumat Guru

Jika berlaku pertukaran guru kelas, guru kelas yang baharu boleh bertindak membuat pendaftaran guru kelas baharu dengan membuat permintaan kepada pihak admin APDM sekolah untuk segera mendaftarkan nama guru kelas baharu atau meminta menukar guru kelas yang sedia ada. Untuk tujuan urusan ini, sila lakukan APDM login kemudian perlu klik kepada bahagian menu ‘Pendaftaran Kelas’

Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan APDM Login ?

Para guru boleh meminta bantuan pihak admin sekolah untuk melakukan ‘reset’ semula kata laluan yang baharu sekiranya guru berkenaan tidak dapat akses ke sistem APDM atau lupa kata laluan.

Terima kasih kerana merujuk ke laman ini untuk dapatkan informasi mengenai APDM Login penggunaan aplikasi pangkalan data murid. Jika bermanfaat, sila kongsikan kepada para guru sebagai rujukan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Lagu Hari Raya
    Koleksi Lagu Hari Raya Aidilfitri Baru Popular …
    June 4, 2018 0
  • ydpa
    Perkara Pelik Yang Berlaku di Istiadat Pertabalan …
    July 31, 2019 4
  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • maybank2u-tabung-haji.jpg
    Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung …
    May 22, 2016 1
  • cara2520lajukan2520wifi2520bagi2520pengguna2520router2520tm1
    Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM
    September 18, 2015 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)