One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu, Guna Gadis Cantik Rekrut Agen
Sebenarnya kisah ni dah lama. Masa aku baru-baru masuk belajar dekat Universiti. Zaman muda-muda dulu. Sebelum ni aku memang tak cerita kat umum pasal ni. Aku tanggung sorang diri.
Tapi disebabkan baru-baru ini kawan baik aku pun terkena macam aku terkena 4 tahun lepas jadi aku buka balik kisah ini.
Korang mesti tahu kan pasal MLM? MLM ni bukannya semua tak boleh pakai. Ada yang boleh pakai kalau bisnes tu fokus jual produk dan tak menipu aku pun sokong.
Kali ni aku nak cerita pasal satu bisnes MLM yang diberi nama One Community Worldwide. Dulu, aku terkena dengan seorang awek ni. Aku kenal dia dekat facebook. Dia selalu je chatting aku so aku layankan jelah sebab masa tu aku pun single. Takde orang nak jealous bagai.
Suatu hari tu tetiba awek ni ajak aku keluar lepak mamak. So aku pun ikutkan jelah sebab kedai mamak tu dekat je dengan kampus aku belajar. Dan nak dijadikan cerita awek tu pun satu kampus dengan tempat aku belajar.
Sampai je kedai mamak tu aku jumpa awek tu dengan sekumpulan geng-geng dia. Cuak jugak aku masa tu. Yelah…aku ingatkan dia ajak aku dating berdua je. Padahal ada udang disebalik batu. Aku dah agak dah ni mesti ada benda tak kena.
Dan bermulalah sesi cerita kisah yang tak perlu aku cerita panjang lagi. Pung pang pung pang cerita pasal MLM.
Sale Techniques:
- Belajar tinggi tinggi tidak berguna
- Mewujudkan persepsi bahawa orang tak ada harta adalah hina
- Overly friendly
- Dengan keras menafikan mereka ini bukan MLM tapi MBS iaitu Micro Macro Business System (MBS)
Masa tengah sembang-sembang lebat tu awek tu ada tegur seorang lelaki yang badannya agak sado. Katanya kawan satu sekolah dia dulu. So aku join sekali lah lepak dengan lelaki sado yang nama Mat tu. Sembang punya sembang dengan dia tetiba jadi ngam pulak pastu mintak contact dia. Mana tak ngamnya… budak satu kampung aku rupanya. Terus kawan dengan Si Mat sampai sekarang.
Ok. Aku sambung pasal cerita MLM tadi tu. Nak dijadikan cerita awek tadi tu dengan geng-geng MLM dia ajak aku dan Si Mat ni join diorang ke air terjun belakang Zoo Negara tu. Nama apa eh? Kalau tak silap aku Sungai Tengkala. Sampai je sana penuh dengan kumpulan MLM One Cummunity tu. Majoriti budak Universiti dan Kolej.
Tetiba geng diorang ni suruh ikut joget-joget lompat-lompat sambil sebut tagline diorang. Aku pun lupa dah apa kena sebut tu dulu. Aku pun ikut sekali lah sebut. Pastu kitorang mandi manda.
Nak dipendekkan cerita lepas mandi manda diorang ajak pergi HQ diorang dekat Sri Hartamas.
Aku masuk dan duduk dalam bilik yang agak besar muat dalam 40 orang.
Sebelum masuk, aku kena isi form. Kononnya aku di belanja RM50 oleh awek tadi tu.
Dan masuk dalam bilik tu ramai orang. Terkejut gak aku, cakap spa. Tetiba je duduk atas kerusi. Kononnya spa elektrik.
Mula lah ada minah gemuk ni masuk, cakap macam motivasi punya kursus. Dan bagi talk pasal Elife.
Product agak bagus elife, memang bagus untuk kesihatan. Aku tak ada masalah pasal elife.
Aku agak ralat pasal Awek ni. Penipu memang cara yang bijak.
Lepas ja treatment tu, ada sidang sesi feedback. Aku tgok semuanya muda. Agak aku bawah 23 ke bawah kebanyakannya.
Semua fasi disitu agak ceria, macam tertelan pil kuda. Sorang-sorang ditanya feedback, macam doktor.
Tapi tak.. semua ikut skrip, atau di ajar sebegitu. MC tu bertanya pasal nama, umur, datang dengan siapa, rasa apa. MC suruh kita buat treatment 2 atau 3 kali.
Lepas je buat treatment dekat HQ tu diorang ajak lepak mamak. Lepak mamak, di hartamas. Semua yang terlibat pakai kemeja kemas, macam budak opis.
Yang pempuan baju kurung, yang formal pun ada. Semua kelihatan baik-baik, macam Imam muda dan ustazah pilihan.
Tak ada muka jahat , gangster, rempit , bohsia. Lepak mamak, si Arif sembang la pasal produk. Cakap umur 23 matang dan boleh berfikir.
Sesuai dalam bidang ni, Dia citer budak pempuan tu ada duit dalam 5 angka.
Dengar kejayaan semua yang dalam OCW. Cakap nak bantu family.
Diorang cakap pasal kesihatan siapa tak minat. Fikir mak ayah jugak. Product elife bantu diorang ngan aku skali.
Aku buat bodoh jelah. Cakap tak beminat lagi. Nanti lah aku fikir dulu.
Dan ayat paling aku tak boleh lupa dengan sorang mamat ni cakap kat aku. Tak malu ke datang buat treatment tadi tu perempuan belanja? Taknak datang sini balik guna duIt sendiri ke?
Aku tak peduli. Aku tahu dah tu memang taktik kotor diorang untuk buat aku tercabar dan masuk bisnes MLM diorang.
Aku rasa dah panjang sangat cerita aku ni. Rasanya dekat situ jelah kot cerita ni. Dan nak dijadikan cerita Si Mat yang jumpa kedai mamak tu sampai sekarang jadi kawan baik aku. Awek yang ajak aku join MLM tu tak tahu entah hidup ke tidak sekarang ni.
Ini versi cerita pasal pengalaman aku. Korang rasa korang nak baca tak kisah versi kawan aku ni? Lagi sadis Bro….Dahlah dia tu mengharapkan cinta dari seorang gadis yang ikhlas mencintai last-last….hampeh…. Kalau korang nak tahu sila komen kat bawah.
Sedikit info untuk company MLM ni.
Company:
- One Community Worldwide Sdn Bhd
- One Station Energize Station Sdn Bhd
Product: eLife
Kononnya: Membekalkan cas kepada “bioelectricity” dan kesannya ialah peredaran darah yang baik, metabolisma ditingkatkan dan perlindungan dari berbagai-bagai penyakit.
Harga: RM 31,250.
Scientific evidence: None
Target Customer dan Downline:
- Pelajar IPTA/IPTS
- Pekerja Kerajaan
Cara Promosi Produk: Mesin eLife iaitu ion energy yang memberi tenaga dengan cara penggunaan duduk diatas mesin berharga RM28K. Kononnya ia adalah satu teknologi rawatan yang dapat memulihkan kesemua sakit kritikal stroke dan lain lain.

yuyu alfonso
uish ko pun sama gak kena? aku pun dulu pernah join tapi aku dah wat research pasal benda ni, ramai terkena tipu. konon ajak wat treatment bagai. aku kena dengan DM Najwa, and geng dia yg sume bajet2 positif gila ahahahahaa..
teringin jumpa ko, kita lepak balik kedai mamak pelita kat hartamas tu, tengok balik aksi dorng menipu pf yg lain hahahaa.. aku smpai kena kick off lepas dm najwa ni kantoi baca pm facebook aku. dlm fb ada group anti one comm ahahahaa..
bita
Wassap aku bro. boleh share pengalaman. 0182543123
Dani
Ramai kne tpu ngn mangkuk ocw ni rpenye sume sembang baguih dok ada
fir
aku pon kene dah… mmbr baek satu kg.. kencing aku weh… skang dah 5 tahun… hutang dgn aku pon x bayar… bile wassap x reply,bile call x angkat… last2 aku haramkan jek duit aku… tengok dlm FB n IG… perghhh pergi korea, mkn kt kl tower, duk kt pangkor private island… hutang aku wat xtau… tu psl aku haramkn duit aku… kalau rm50 sebulan die bayar…. skang 5 tahun settle dah kot… ni x wat mcm harta die sendiri… ape pon dr ikhlas aku bg pinjam duit, skang x ikhlas sebab sifat ego die… biala die merangkak nnty cr aku nk bayar hutang…. die dah besar n tau pikir mane baek mane salah… skang aku xtau mane die skang… harap2 dah mampos dah… mampos dgn berhutang…
Anonymous
Thanks sebab sama2 bagi input tentang company nih….i think dh tiba masanya org-org kita tahu kebenaran tentang bisnes nih…buat research terlebih dahulu ttg founder dier…i dh buat research and ternyata he was involved with lamp berger yg x success jgak tu…dh x function yg itu…nk tipu plak org dgn mende nih…my experience was a lot funnier actually…sedih tgok rakan2 sendiri…boyfriend sendiri..ditipu oleh org2 kt situ…niat utk apa tk tahulah…i medical student…tp pergi ke sana dgn boyfriend atas jenputan rakan2 yg lain…mase tu diorg tk tau i medical student…so i diam je la…tkkn nk letak name tag doctor kt situ kn..so..smpai2 sana dgr je diorg explain…bkn nk kata ape….smpai hati diorg tipu org2 yg di luar sana dgn konsep machine yg tk boleh dipercayai…i dh rujuk my lecturers…they all laughed back at me…so?…sedihnye biler memikirkn my own friends…tertipu dgn mende cmtu….kalau kiter niat ikhlas nk jual product utk kesihatan org lain…jgn la merepek sgt…pasal ion la ape la…im so sad…smpai cmtu skali org nk manipulate org lain semata2 kerana duit…explanation yg x munasabah..kaitkn ion yg ade dlm machine tu dgn air terjun…pastu ckp “klu kiter hiv positive kn mende yg tk elok…denggi positive kn tk elok..jd…sbb itu ion dlm elife tu sume ion2 negatif…sbb ape2 yg positif sume kn tk elok…”…i mean..come on la people….after i mengaku i medical student..diorg gne name i utk pancing other customers plak…ckp yg doctor pon join one community and percaya product nih…i bkn nk bukak aib org…business is business..tp klu korg jlnkn business korg dgn mcm ni…korg pikir balik berkat ke x berkat?….up to u guys nk percya ke x…i berani bg all the information from A to Z…because i hve friends yg join mende ni since 2015…smpai skang…apa pon x dakk…sume in denial…ckp duit tgh masuk…sedih sgt…duit scholarshio dihabiskn utk mende2 cmni…mak ayah pon turut terbabit…
Ashraf
Fuh beb thanks all…nasib ade block nie….kepura-puraan upenye..alhamdulillah
yuyu alfonso
ada pwngalaman ke? meh share hehehe
Nadia wong
Sama terkena juga ke ? Hehe
nurunni
pnh terkena jgk dgn sorg mamat ni nama die zuhri.dlu xsilap awal tahun 2013.kenal die dkt tagged.1st die ajak keluar mkn minum sume tu.pstu die ajak pg hq one world wide xigt dkt mne tp dkt kl.ckp nk try x ade satu mesin ni bagus utk kesihatan.dpt sembuhkan pelbagai penyakit.pstu ikut jela die bodoh2 cmtu sbb time tu xsyak ppe lg.da smpi die pg kaunter bayar rm 50.tp mse dkt dlm tu dh rase pelik ngn org2 dkt situ.ramah bkn main.rase mcm weird sgt.pstu masuk die srh ddk atas kerusi tu smbil minum air.lps tu dtgla siti nurhaliju tu igt lg nama die explain everything about the product.lps je hbs treatment tu dorg kumpul rmi2 buat kumpulan dan si nas tu bg talk.rase mcm nk blk tp apakan daya xblh.pstu ajak mkn kedai mamak n rmi btul geng2 die dkt dlm tu.esoknye sy try search bnde ni sume dkt google rupanya bnde ni mmg scam,penipu rmi org sbb bnyak bce dkt blog.rmo yg dah terkena esp budak2 u.lps dr pd tu trs xctc da si zuhri tu n maki kaw2 dlu die.hahaha.that my exp!
Azri
Saya pernah kena. Story lebih kurang korg, last part pun mamak yg sama Pelita . Dikencing oleh rakan sekolah rendah. Sampai skrg saya banned dia
Honey
Kakak sy terjoin beralah ni..n dia dh pun melabur 28k kot..dpt la mesin tu..niat mmg nk beli n bg arwah mak guna sbb arwah mak dulu ada kencing manis kronik..tp syg benda tu xserasi dgn arwah mak..btw ada cara x nk dptkan duit tu blk…tp mesin tu sume dh xde dh la
Benda ni jd dh 6 7 tahun lps